Friday, June 21, 2019

Ise Jingu : Power Spot ? Memang Power!

The Grand Shrine ataupun Ise Jingu yang terletak di wilayah Mie ini memang cukup terkenal. Tanyalah mana-mana warga Jepun sekalipun, mustahil kalau ada yang tidak tahu. Untuk makluman, kuil besar ini bukan saja dianggap suci oleh warga Jepun malah ianya adalah power spot paling utama di sini. Power spot ni kira macam tempat yang membawa tuah la bagi mereka Oleh yang sedemikian, sebab itulah kuil ini selalu dipenuhi oleh ribuan pengunjung pada setiap masa. Kalau anda datang ke sini sewaktu musim cuti, alamat terpenyek macam ikan dalam tin sardin la jawapnya.

Selain mempunyai banyak bangunan-bangun yang unik, sungai yang mengalir jernih dan suasana yang aman damai, saya lebih suka mengatur langkah menyusuri kedai-kedai lama 
sambil menikmati air jus oren yang dijual sini - Nah, sebiji RM16.00 !
Perkh..memang power!




All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, June 19, 2019

Daiichi Daiman Daikichi: Mencari Ishida Mitsunari Di Sangen-in, Kyoto

Oleh kerana minat yang cukup mendalam mengenai pertempuran Sekigahara 1600, Naomi membawa saya melawat ke Daitoku-ji di Kyoto.Mengikut sejarah, mayat tanpa kepala Ishida Mitsunari memang ditanam di Sangen-in, iaitu sebuah rumah berhala kecil yang terletak di dalam kawasan Daitoku-ji. Namun sedemikian, saya cukup kecewa setelah diberitahu yang tiada pengunjung dibenarkan masuk ke kawasan tersebut kerana ianya adalah kawasan larangan.Duh !

Namun sebegitu, kekecewaan saya sedikit terubat kerana kawasan persekitaran Sangen-in ini memang cukup menakjubkan ketika musim luruh yang mana terdapat ratusan pokok-pokok momiji masih kemerah-merahan ketika kami sekeluarga sampai disana.
 





All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, June 14, 2019

Revisiting Osaka Expo City : Cheq Mai Lagi !

Bila bercakap tentang modernizing and rebuilding sesuatu tempat, memang terkedu kita lihat cara orang-orang Jepun bekerja. Berpuluh-puluh tahun dahulu, area Suita  ni bukannya ada apa-apa pun tetapi cuba anda datang melawat ke sini sekarang. Bermacam-macam dah ada. Mini zoo, restoran, taman permainan, taman bunga, stesen keretapi moden, shopping complex dan juga stadium bolasepak ( yer.. pasukan Gamba Osaka memang berpengkalan di sini) dan macam macam lagi laa.

Selain lanskap pembangunan sekitar yang tersusun rapi, sistem pengangkutan dia memang yang terbaik - dah la tu, makanan yang terdapat disekitar kawasan sini pun sedap-sedap especially bebola sotong yang dijual dekat stesen tu. Kepada peminat-peminat Gundam pula, dah tak payah susah-susah dah nak ke Odaiba, Tokyo untuk ambil gambar. Kat sini pun dah ada.

Perkhhh!!

Jika ada dikalangan pembaca yang bercadang nak datang melawat, anda boleh melayari halaman web Expocity di sini



All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Phonetography: Kyoto At Night


Sometimes the thing you need most isn't something new...Sometimes all that's needed is a change in the viewing angle of the look you take at what you have already..





All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, June 12, 2019

More Pics From Our Mino Waterfalls Trip Last Autumn.


Naomi was right ! 
The pictures here cant do any justice to the beauty of this little paradise - Mino Waterfalls, Osaka Japan.

Enjoy !



All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday, February 27, 2018

Lepasan SPM : Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Tawaran IPT & Biasiswa Mudah.

Sewaktu saya hendak keluar dari rumah untuk mengambil gambar suasana pagi di Pulau Langkawi, saya nampak berlambak-lambak surat dalam peti surat yang abang posmen selitkan.Boleh dikatakan hampir kesemua surat-surat tersebut ditujukan untuk Nana, anak sulong saya yang kini sedang menunggu keputusan SPM. Surat-surat tersebut datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Ada yang bersampul kecil, ada yang besar, yang berwarna warni, yang panjang dan ada juga yang pendek. Nak tahu surat apa? Heh..Semuanya surat tawaran masuk ke IPT dan universiti-universiti swasta! Ini termasuklah juga biasiswa-biasiswa pelik lagi tak masuk akal.

Selain daripada surat tawaran, berjela-jela juga promosi dan prospektus yang disertakan. Kelayakkan masuk pun punyalah senang. Kalau dapat 2-5 kepujian, dah gerenti boleh masuk. Guna keputusan percubaan pun boleh. Eh? Senang benar. Dah la tu, kalau setuju dengan tawaran pun, boleh main hantar persetujuan melalui Whatapps jer. Salinan dokumen-dokumen pun tak perlu di cop pengesahan. Tapi yang paling penting, jangan lupa bawa duit RM500 untuk pendaftaran! Amboi!

Anyway, saya tak nak komen apa-apa la. Bukan niat saya nak demotivate sesiapa. Saya pun bukanlah pandai sangat.Tapi sebaik-baiknya, kalau ada anak-anak dekat luar sana yang mengalami “peristiwa” yang sama seperti saya, janganlah terlalu rambang mata. Saya nasihatkan, tunggulah dulu keputusan SPM yang sebenar keluar nanti. Janganlah terburu-buru. Kalau dapat keputusan yang bagus, insya allah, banyak lagi peluang yang akan muncul tiba. Sabarlah. Kalau inginkan kepastian, saya cadangkan agar ibu bapa dan adik-adik refer dulu dengan guru. Lagi pun, bukannya murah harga  untuk Diploma dan Ijazah yang ditawarkan di IPTS. Bergolok-bergadai pun belum tentu boleh dapat duit secukup itu. Ada yang RM20 ribu, ada yang RM30 ribu malah RM50 ribu pun ada. Manalah ibu-bapa nak cekau cari duit sebanyak tu.

By the way, siapalah yang pandai-pandai mendedahkan alamat rumah dan nombor- nombor telefon kita kepada pihak ketiga ni?

Hmmm.. Apa apa pun, sebelum terlupa, saya kongsikan beberapa gambar waktu pagi yang diambil di sekitar Pulau Langkawi.








All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Ise Jingu : Power Spot ? Memang Power!

The Grand Shrine ataupun Ise Jingu yang terletak di wilayah Mie ini memang cukup terkenal. Tanyalah mana-mana warga Jepun sekalipu...