Sunday, October 9, 2011

Cerita Gergasi Dan Lantern Merah Asakusa.

Tidak masuk akal rasanya jika sudah sampai ke Tokyo kalau tidak melawat ke Asakusa.Di sini terletaknya Sensoji Shrine, kuil buddha yang cukup terkenal dengan lantern merah gergasi yang tergantung di pintu gerbang masuk kuil tersebut. Menurut lagenda, 2 nelayan bersaudara, Hinokuma Hamanari dan Hinokuma Takenari terpancing patung emas dari Sungai Sumida pada tahun 628. Walaupun patung tersebut dibuang semula ke sungai, dikatakan ianya terus kembali kepada mereka berdua.

Menyedari kesucian dan keajaiban patung emas tersebut,ianya di bawa pulang dan diabadikan di sebuah tokong kecil di daerah Asakusa sehingga penduduk tempatan mula datang menyembah patung tersebut dari dahulu hingga sekarang.
  

Sensoji Shrine tetap dipenuhi pengunjung walaupun suhu sekeliling Tokyo pada musim panas boleh mencecah 42C.


Lantern gergasi ini adalah lambang kemasyuran Sensoji Shrine di Tokyo,Jepun.


Satu lagi lantern yang terdapat di pintu gerbang Sensoji Shrine. 


Ukiran kayu bermotifkan naga yang terdapat di bawah lantern gergasi terletak di pintu Hozomon. 


Sandal yang dipanggil "O-waraji" ini adalah seberat 2500 kilogram dan mempunyai ketinggian 4.5 meter.Ianya di buat oleh 80 penduduk bandar Maruyama dalam tempoh sebulan khas untuk Sensoji ShrineDipercayai sandal ini mempunyai kuasa "Ni-Ou" yang dapat menghalang kuasa jahat dari mengganggu anda sekiranya di sentuh. Ada juga versi yang mengatakan tujuan "O-waraji" diletakkan di pintu masuk Sensoji Shrine adalah untuk menipu kuasa jahat yang kononnya Sensoji Shrine juga dihuni oleh gergasi memandangkan pada saiz kasut tersebut.



Pemandangan di dalam Sensoji Shrine.
Bukan hanya setakat penganut agama Buddha saja berada di sini, malah ianya dipenuhi oleh pelancong pelancong asing termasuklah saya :)



Nakamise -Dori adalah satu kawasan yang dipenuhi dengan kedai kedai menjual cenderamata. Disini terdapat hampir 100 kedai yang menjual pakaian hinggalah barangan seperti pedang samurai !


Naomi, Sachiko dan anak anak cukup tertarik dengan key chain yang dijual disini. 


Key chain berwarna warni ini adalah hadiah yang cukup menarik sekiranya dapat dibawa pulang untuk ahli keluarga dan rakan rakan. Tetapi harganya ada yang mencecah ratusan ringgit untuk setiap satu !


Pedang samurai yang dijual sebagai barang perhiasan di Nakamise-Dori. Memandangkan Katana ataupun pedang samurai adalah nyawa kepada setiap samurai, ianya tidak patut dijual pada harga RM400-RM500 untuk setiap pedang. Bagi sesetengah keluarga yang berasal dari keturunan samurai, ianya cukup menjelikkan.Untuk pengetahuan, di Kyoto, harga pedang samurai dijual pada harga RM250,000 hingga jutaan ringgit.


Pemandangan di hadapan Sensoji Shrine.Perhatikan menara separa siap di dalam gambar diatas. Menara tersebut adalah Tokyo Sky Tree - mercu tanda terbaru bandaraya Tokyo yang dijangka siap pada mula May 2012. Ianya bakal menjadi salah satu menara tertinggi di dunia selepas dibuka nanti. Lawati disini untuk keterangan seterusnya : http://en.wikipedia.org/wiki/Tokyo_Sky_Tree


Selamat tinggal Asakusa. Tahun depan pasti saya datang lagi :)



All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.