Thursday, October 13, 2011

Permulaan Sebuah Akhiran : Bahagian II

Hari hari terakhir lawatan ke Jepun banyak dihabiskan di sekitar Arashiyama.
Saya lebih banyak menghabiskan masa disini berbanding bandar-bandar lain yang dilawati.
Alasannya mudah - kerana ianya berhampiran dengan rumah mertua. 


Rehat sebentar berhampiran dengan restoran tempatan. 


Sungai Hozu - Kecantikkannya memang tiada tolok banding. Disinilah terletaknya jambatan Togetsukyo yang cukup terkenal di Jepun. 


Kerja menarik beca sebegini bukanlah satu kerja yang mudah. Anda pasti terkejut sekiranya anda mendapati yang sesetengah penarik beca ini adalah terdiri daripada kaum hawa.



 Arashiyama - Pekan kecil yang cukup aman dan damai. Tiada hiruk-pikuk kenderaan yang bermaharaja lela disini seperti yang terdapat bandar Tokyo dan Osaka !


Saya tertarik dengan patung kecil yang comel ini. Ianya digunakan sebagai tarikan untuk mempromosikan kuih kuih tradisional yang dijual di sebuah restoran.


Errrrr....yang ni saya malas nak komen. 


Hutan buluh subur menghijau di Sagano, Arashiyama.







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.