Wednesday, October 12, 2011

Permulaan Sebuah Akhiran.

Sampai juga saya ke stesen keretapi Saga di Arashiyama,Kyoto.Walaupun kunjungan ini adalah lawatan yang terakhir di dalam program saya, saya amat bersyukur kerana sempat juga melawati muzium keretapi Jepun di sini.

Yang nyata, saya cukup kagum dengan orang Jepun dan kemahiran kejuruteraan mereka terutama sekali di dalam pengendalian rangkaian sistem keretapi negara matahari terbit tersebut.Bayangkan ciptaan serta pengembangan teknologi Shinkasen ( Keretapi Peluru )
milik Japan Railway (JR) yang memiliki kelajuan lebih 270 km/jam. Mampukah kita menandingi mereka ? 


Hampir semua ahli keluarga cukup tertarik dengan kejuruteraan keretapi milik JR.


Walaupun ianya sekadar model untuk pameran, kerja tangan yang cukup halusi ini amat menarik dan mempersonakan.
 

Satu lagi contoh hasil kerja tangan yang menarik.



Emblem keretapi lama yang masih terdapat di sini. Walaupun mempunyai ruang legar yang agak kecil, Stesen keretapi Sato patut dilawati sekiranya anda datang ke Kyoto. 



Twilight Express -namun ianya tidak bersangkut paut dengan Edward Cullen ataupun Bella, protagonis filem Twilight saga. 



Lagak Erika sebagai pemandu keretapi JR ( Japan Railway ).




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.