Wednesday, November 16, 2011

Ombak Rindu...........

Saya jarang mengikuti perkembangan filem tempatan ( ..apatah lagi Bollywood & Hollywood ). Saya lebih banyak menghabiskan masa saya kebelakangan ini di tempat kerja dengan persiapan untuk LIMA 2011 - Langkawi International Aerospace & Maritime Exhibition yang akan bermula pada 6hb Disember depan.

Tetapi, apabila terbaca tentang kisah filem Ombak Rindu yang diadaptasikan dari novel popular karangan Fauziah Ashaari di dada akhbar, hati saya mula berdegup kencang dan terus saya lupakan sejenak tentang kesibukkan kerja saya. Apa tidaknya , tangkap leleh saya dengan jalan cerita novel tersebut. Tidak sabar rasanya menunggu tayangan filem tersebut awal Disember nanti.

Lebih menggembirakan lagi , hampir 80% shooting filem tersebut dijalankan di Pulau Langkawi (Maka tidaklah teruk sangat saya nak promote Pulau Langkawi selepas ini :)


Ombak Rindu

Hempasan ombak dan bebuih putih di persisiran Pantai Cenang pasti amat sukar dilupakan oleh pengunjung yang pernah datang ke sini. 



Penunggu Sepi.

Pulau Tekon Baba.
Pulau batuan ini kelihatan seperti kapal selam yang baru muncul dari dasar lautan.
Pemandangan pulau ini cukup indah terutama sekali ketika lewat petang ataupun hampir senja.




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved