Sunday, December 18, 2011

Raynox DCR 250 - Ke Dunia Makro.

Cubaan demi cubaan saya lakukan untuk mendapatkan imej makro yang terbaik. Kalau sebelum ini saya pernah menggunakan teknik reverse lense, kali ini saya mencuba lensa Raynox DCR 250 dipadankan bersama prime lense Vivitar 28-70mm makro pula.
Hasilnya -Hmmmm beberapa keping gambar yang agak kabur dan tidak menepati ramalan awal saya. Ternyata juga, gimik promosi Raynox DCR250 yang berlambak lambak dilaman web adalah cubaan terbaik pihak tersebut untuk terus "menipiskan" poket anda yang dahagakan imej makro yang tajam serta menarik.

Nasihat saya, sekiranya anda betul-betul berminat dengan imej makro, habiskan duit anda kepada lensa makro sebenar seperti Tokina 90mm f2.8 ataupun lensa makro yang sehebat dengannya.Lensa Raynox DCR 250 ini hanyalah sesuai bagi kalangan kita yang baru menceburkan  diri dengan alam makro !








 




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved