Friday, January 27, 2012

Kinkaku-ji : Kuil Zen Bersadur Emas.

Kali pertama saya melihat Kinkaku-ji ataupun Temple of the Golden Pavilion adalah menerusi poskad usang yang ditunjukkan oleh Naomi kepada saya belasan tahun yang lalu. Kuil Buddha yang terletak di bandar Kyoto, Jepun ini cukup tersohor bukan hanya kerana kecantikkan, malah ianya juga adalah kuil unik yang disaluti emas.

Kuil Kinkaku-ji yang dibeli dan diubah suai oleh Shogun Ashikaga Yoshimitsu pada tahun 1397 ini masih berdiri teguh sehingga sekarang walaupun pernah beberapa kali terbakar
ketika perang Onin dan pada tahun 1950.

Untuk pertama kalinya, Naomi membawa saya dan anak-anak melawati sendiri kuil tersebut yang kebetulannya terletak di bandar kelahiran beliau di Jepun. 
Terlopong mulut kami sekeluarga melihat keindahan kuil Kinkaku-ji !! 

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 30mm — 1/250 sec, ISO 200.

Mungkinkah anda pernah melihat gambar kuil Kinkaku-ji ini dijadikan wall paper oleh rakan-rakan sekerja anda pada PC mereka?  

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 55mm — 1/250 sec, ISO 200

Hampir keseluruhan bahagian kuil ini disaduri dengan emas tulen. Oleh yang sedemikian, orang awam tidak dibenarkan sama sekali menghampiri ataupun memasuki kuil tersebut.
Ini bagi mengelakkan masalah kecurian ataupun bahagian kuil yang diumpil keluar oleh pengunjung.   

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 35mm — 1/250 sec, ISO 200

Anda akan diberikan beberapa keping "pendinding" diri selepas membayar tiket masuk. 


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Walaupun rumah berhala usang bersebelahan ini tidak disaduri emas, ianya tetap menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya menyediakan ruang untuk berdoa atau memohon hajat.

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Lagi ruangan memohon hajat.Perhatikan duit syiling yang ditabur pengunjung.
Uhh..Banyak tu ! 

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/6 @ 55mm — 1/250 sec, ISO 200

Kalau sebelum ini pilihan ais krim saya adalah cornetto, kini tidak lagi.
Keenakkan ais krim Morinaga ini ternyata membuatkan anda menjilat jari !!

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/250 sec, ISO 200

Mempamerkan ais krim hiasan di dalam kotak plastik sebegini ketika musim kemarau adalah satu idea yang cukup bijak! Apa tidaknya,banyak wang saku saya dihabiskan di gerai-gerai sekitar dek kerana air liur anak yang berjujuran teringinkan ais krim tersebut !   
( 100 Yen bersamaan RM4.00)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Pengalaman saya dan keluarga mengembara ke Jepun baru bermula.Saya masih mempunyai ribuan gambar yang perlu di upload untuk dikongsi bersama (Itu pun, kalau masih ada yang sudi membaca)   :)




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.