Friday, March 23, 2012

Kyoto Jurnal : Byodo-in


Ada sesuatu yang menarik mengenai duit syiling 10 Yen dan saya sendiri terlepas pandang.
Ianya memaparkan gambar rumah berhala Byodo-in yang begitu indah dan kaya dengan nilai-nilai arkitek. Ianya telah diistihar sebagai World Heritage Site pada tahun 1994 oleh UNESCO. Namun, percaya atau tidak yang lawatan saya ke sini adalah yang pertama walaupun ianya betul-betul terletak berhampiran dengan rumah saya di Kyoto !!


Byodo-in pada awalnya adalah tempat rehat yang dibina khas untuk ahli politik Jepun yang paling berpengaruh - Fujiwara no michinaga dan bukannya sebagai rumah berhala.Ianya mula dibina seawal tahun 998 dan diubah menjadi rumah berhala hanya pada tahun 1053. Lebih mengagumkan, Byodo-in ini masih tetap kukuh walaupun ianya pernah beberapa kali dijilat api dan dibina semenjak era Heian (Tahun kuno Jepun iaitu 794 hingga tahun 1185).


Bagi pembaca yang ingin melawati Byodo-in , ianya terletak hanya 15 minit perjalanan dengan berjalan kaki dari stesen JR  di hentian Uji,Kyoto. Jangan lupa mengambil peluang memasuki dewan Phoenix kerana ianya adalah tarikan sebenar rumah berhala ini.Saksikan juga keindahan ukiran dua ekor burung Phoenix yang dipahat khas diatas bumbung dewan tersebut dan juga artifak-artifak sejarah yang lain menceritakan peradaban zaman terdahulu. Sebagai peringatan , tiket masuk untuk ke dewan Phoenix berharga 300 Yen (RM12) selain daripada 600 Yen yang perlu di bayar sebelum anda memasuki kawasan Byodo-in ini.

   
Naomi dan Sachiko di hadapan Byodo-in.


Erika juga tidak mahu melepaskan peluang bergambar di sini.


Hiasan burung Phoenix yang diukir indah.


Dewan Phoenix. Keindahan senibina dewan ini begitu memukau.  


Bersambung.......



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.