Kyotografi: Amanohasidate 天橋立


Minta maaf kerana hampir seminggu saya tidak menulis ataupun aktif di dalam blog. Bukannya apa, masalah Wi-fi dan Router di rumah benar-benar menguji kesabaran saya. Walaupun masalah sebenar tidak di ketahui,tetapi, alhamdulillah masalah tersebut berjaya juga diselesaikan oleh pihak Telekom Malaysia.
Terima kasih daun keladi.  

Untuk sambungan coretan perjalanan saya di Jepun, saya sertakan di sini beberapa keping lagi gambar sewaktu di Amanohashidate. Kepada yang berminat untuk ke sana, anda boleh mendapatkan tiket keretapi dari Kyoto Station ke Amanohashidate dengan harga RM150.00 ataupun dengan menaiki bas ( Tiket RM90++) 

Berikut adalah antara fakta-fakta menarik tentang Amanohashidate;

1. Ianya adalah salah satu daripada tiga tempat yang mempunyai pemandangan paling menakjubkan di Jepun.

2. Beting pasir sepanjang 3.3 km yang menghubungkan Amanohashidate dengan Kasamatsu-koen ditumbuhi dengan lebih 7000-8000 pepohon pine.

3. Percaya atau tidak, sekiranya anda melihat Amanohashidate (di atas Gunung Moju)  secara bongkok ataupun bertonggeng (between your legs!), anda akan dapati yang Amanohashidate seolah-olah pulau yang sedang terapung di udara.












Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you








All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.