Thursday, April 12, 2012

Amaran Tsunami & Gempa Bumi Indonesia @ 11 April 2012


Saya diminta untuk lapor diri segera di tempat kerja walaupun sedang bercuti kerana amaran tsunami dan gempa bumi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.Ternyata, gegaran gempa bumi berskala 8.6 magnitude (500km dari Bandar Aceh) tersebut cukup kuat hinggakan seluruh meja mesyuarat di tempat kerja saya bergoyang !

Pada lewat jam 7 petang, sekali lagi gegaran dirasakan dan ianya dilaporkan berskala 8.2 magnitude! Gempa bumi yang berlaku di Lautan Hindi tersebut harus dipandang serius kerana ianya pernah membawa bencana hinggakan 240,000 nyawa melayang pada kejadian 26hb Disember 2004!

Walaupun keadaan hari ini agak tenang dan amaran telah ditarik balik, namun hampir keseluruhan penduduk Pulau Langkawi masih lagi berwaspada. 


  




*****