Kyoto Jurnal:Salju Di Hakodateyama (Final)


Saya ketawa terbahak-bahak memerhatikan Erika menjamu selera kuih "bahulu" yang beliau bawa (seludup!) masuk dari Pulau Langkawi ke Hakodateyama. Adalah amat janggal sekali kepada saya apabila melihat pengunjung ski resort yang terletak ribuan kilometer dari Malaysia menjamah kuih tempatan sambil duduk bersila bersama peralatan ski di tepi timbunan salji.


Bukan itu sahaja, Erika juga mendedahkan yang dia juga berjaya menyeludup masuk buah mangga yang beliau ambil di belakang rumah di Langkawi untuk dihadiahkan kepada nenek tersayang di Kyoto. Yang peliknya, kedua-dua pihak kastam Malaysia dan Jepun tidak pula memeriksa beg galas kecil beliau atau mereka menyedarinya. Erika juga ada memberitahu saya yang bukan cita-cita beliau untuk menjadi drug mule apabila besar nanti kerana dia tahu tentang hukuman mati. Uuuuhhhh....Sejuk hati saya mendengarnya. Maklumlah, umur baru 10 tahun sudah pandai main seludup-seludup ni. 

*****


Oh ya... setelah setengah hari bertungkus lumus mendaki bukit bersalji bermain papan luncur (snowboarding) dan ski, saya banyak menghabiskan masa pada petang tersebut dengan mengambil gambar Naomi, Sachiko dan anak-anak. Seperti biasa, saya sertakan di sini gambar-gambar tersebut untuk dikongsi bersama sebagai hiburan dan juga pedoman untuk anda yang bercita-cita untuk menakluki pergunungan salji Hakodateyama di Shiga, Jepun !   






Dalam waktu yang sama, saya mendapat tahu yang lagu terbaru Kyosuke Himuro kini tengah meletup di pasaran.Seperti juga Himuro, saya tujukan khas lagu ini buat rakan-rakan dan kenalan yang menjadi mangsa Tohuku earthquake and tsunami yang meranapkan bumi Sendai tahun lepas. Semoga anda tabah selalu   :(



P/S : Saya terpaksa memohon maaf kepada ratusan sahabat yang menyertai ruangan facebook saya kerana berkemungkinan besar saya akan meninggalkan halaman tersebut. Namun, para sahabat sekalian masih lagi boleh menghubungi saya ataupun memberi komen di ruangan ini untuk masa-masa yang akan datang. 




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.