Sunday, May 20, 2012

Lagi Cerita Dari Jepun.......

Saya rasa hampir sebulan saya kurang aktif menulis. Terlalu banyak isu di tempat kerja yang perlu diselesaikan dahulu. Percaya atau tidak, masih terdapat ribuan gambar -gambar perjalanan saya di Jepun tempoh hari yang masih gagal saya uploadkan. Insya Allah, saya akan cuba memaparkan kesemuanya sebelum saya pulang semula ke Jepun pada bulan November nanti :)


Gambar Naomi,Nana, & Erika ini diambil di Nagai Botanical Garden yang terletak bersebelahan Stadium Cerezo Osaka.  


Sewaktu saya berada di Kyoto Philosopher Path tempoh hari, cuaca betul-betul sejuk. Adakalanya, salji turun pada lewat petang. 


Oleh kerana cuti saya di Kyoto kali ini agak pendek, saya hanya sempat membawa Nana & Erika melawat taman permainan di Suzuka Circuit, Mie. 


......dan juga melawat Tennoji Zoo di Osaka :)


Erika lebih berminat dengan bunga-bunga Ume berbanding dengan bebunga lain. Gambar diatas diambil di Kyoto's Kitano Temangu.


Pemandungan menakjubkan ini diambil di Tasik Biwa ( Biwako) di wilayah Shiga. Suasana bersalji pada pergunungannya cukup menyegarkan mata yang memandang!


Pelabuhan Osaka. Nampak tak Kaiyukan Aquarium dan Giant Wheel Tempozan
  

 Ini pula di ambil di Kyoto Sanjusangedo Shrine. Terdapat 1001 patung buddha terletak didalamnya. Malangnya, kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk . 


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you


All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.