Langkawi Oh Langkawi !

Pulau Langkawi memang padat semenjak seminggu terakhir ini kerana cuti sekolah selama 2 minggu. Hampir keseluruhan chalet chalet penginapan di kawasan Pantai Chenang fully booked dan kalau ada bilik yang masih available pun hanyalah hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang.

Saya juga mendapati yang peniaga kecil-kecilan di Pulau Langkawi juga mendapat tempias kerana kebanjiran pengunjung-pengunjung yang datang.Kalau hari-hari biasa, keuntungan yang diperolehi hanyalah sekadar cukup makan, tetapi mereka akan mendapat keuntungan berlipat ganda sewaktu musim sebegini. Tidak kiralah kalau hanya yang menjual nasi ayam di restoran besar ataupun laksa di tepi jalan. Hakikatnya sudah menjadi lumrah yang Pulau Langkawi akan menikmati kemakmuran sebegini sekiranya musim cuti sekolah ataupun di penghujung tahun (Kemasukan pengunjung Eropah yang dari dari musim sejuk).

Alhamdullillah, tumpang gembira saya dengan rezeki mereka.


Nikon D2H 110mm f/5.6 ISO 200 1/160 secs.

Gambar lutong ( Dusky Leaf Monkey) ini diambil di kawasan penjaja makanan bersebelahan
Mutiara Burau Bay Resort di Langkawi. Walaupun agak jinak, jangan sesekali menjamu makanan kepada lutong-lutong ini kerana ianya tidak teragak-agak untuk menerkam dan mengambil makanan ditangan anda.  



Nikon D3000 50mm f/12 ISO 200 4 secs.

Pahn Thai Restaurant di Berjaya Resort Langkawi. Ianya salah satu restoran terbaik di Pulau Langkawi. Selain suasana persekitaran yang berlainan (di tengah lautan), kualiti masakan dan hidangan disini cukup menakjubkan. Kepada yang ingin mencuba, anda boleh membuat tempahan awal di talian 04-9591888.


 
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you