Doraemon Moden : Mesin Ajaib !

Dunia pernah dikejutkan pada awal tahun 80an dahulu ketika syarikat milik Jepun, Honda mengumumkan yang kini mereka didalam proses pembikinan robot humanoid pintar  yang diberi nama ASIMO (アシモ) -  Advanced Step in Innovative Mobility.
Ianya dikatakan dicipta supaya dapat membantu manusia didalam menjalani kehidupan seharian. Berketinggian 4 kaki dan seberat 54 kilogram, ASIMO juga diberitakan mampu berjalan, berlari dan menendang bola !  

Hah ! Ramai antara kita yang ketawa dan ramai juga yang kata mereka gila!
Penduduk dunia berfikir yang ianya adalah satu ciptaan yang mustahil sehinggalah robot ASIMO mula diperkenalkan ketika diberi penghormatan membunyikan loceng penbukaan Bursa Saham New York pada tahun 2002. Ramai yang jadi bingung dan ramai juga yang mula memuji kebijaksaan jurutera-jurutera Honda ini.

Bercakap tentang kemajuan industri robotic dan kecanggihan teknologi Jepun, teringat saya pula kepada sebuah vending machine yang saya jumpa tempoh hari sewaktu didalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kansai ke Kyoto. Seperti mesin ciptaan Doraemon , ianya cukup mencuit hati saya. Bayangkan, apa sahaja kehendak anda semuanya berada dihujung jari – french fries, nuggets, pan cake, waffle ataupun roti bun semuanya ada. Anda hanya perlu memasukkan wang JPY350 ( RM13.00) dan ianya keluar panas-panas!

Bayangkan kalau mesin ini ada di Malaysia ? Saya jamin ramai yang beratur panjang mengambil giliran untuk membeli karipap panas, roti canai ataupun burger panggang Abang Burn yang famous  tu !



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.