Erika & Nana: Jaguh Dalam Pembikinan.

Saya kagum melihat gaya Nana & Erika menunggang motosikal berkuasa bateri tempoh hari di Litar Suzuka (Suzuka Circuit). Saya percaya kedua-duanya amat berminat dengan sukan permotoran kerana mereka begitu asyik bermain Go-Cart pada sebelah pagi dan menunggang motosikal di waktu petang.

Moga-moga satu hari nanti mereka berjaya didalam bidang yang mereka ceburi (asalkan jangan jadi "minah rempit" sudahlah).  








Dalam keasyikkan saya menonton telatah anak-anak, ingatan saya juga terus terbawa-bawa terkenangkan kepada dua pelumba handalan motosikal warga Jepun iaitu mendiang Norifumi Abe dan Daijiro Kato. Kedua-dua pelumba tersebut merupakan nama besar di dalam industri Moto GP dan kedua-duanya adalah lagenda di Litar Suzuka. 

(Imej Google)

Norifumi "Norick" Abe 阿部典史  September 7, 1975 – October 7, 2007
Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di wilayah Kanagawa pada tahun 2007 pada usia 32 tahun.
 
(Imej Google)
 
Daijiro Kato 加藤 大治郎, July 4, 1976 - April 20, 2003
Penunggang kelahiran Saitama ini meninggal dunia pada 20hb April 2003 selepas terlibat didalam kemalangan Moto GP di Litar Suzuka pada 6hb April 2003.

******
 
Saya berasa seperti diberi penghormatan besar kerana dapat melawat Litar Suzuka pada ulang tahunnya yang ke-50 serta dapat berdiri di arena yang sama pernah dipijak oleh kedua pelumba lagenda tersebut.
 
Insya Allah, saya akan datang kembali tahun depan !