Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Dari Kami Sekeluarga !

Tersenyum saya melihat gelagat Nana & Erika yang sibuk bertanya tentang puasa.
Walaupun saya tahu kedua-duanya ada yang puasanya “terbabas” pada tahun lepas, tetapi alhamdulillah, mereka betul-betul mencuba !  

Begitu jugalah zaman sewaktu saya kecil-kecil dulu mengharungi bulan Ramadhan. Bukan hanya setakat air paip sanggup diminum bahkan air perigi pun dikira pakai jua. Semuanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi, maklumlah jika diketahui emak, nescaya saya akan dirotan dan tidak boleh berbuka bersama.

Ah! Alangkah seronoknya jika dapat diputarkan masa. Saya ingin kembali menikmati hidup di kampong yang tenteram lagi serba sederhana. Hidup dimana waktu berbuka hanya diterangi pelita atau lampu minyak tanah.Hidup yang sentiasa terpancar keriangan pada wajah arwah emak dan adik walaupun hanya menikmati pajeri nenas dan perkasam ikan sepat benua sewaktu sahurnya !

Kenangan lalu mengusik jiwa!

Salam Ramadhan Dari Saya Sekeluarga Untuk Anda Semua Di Luar Sana !

Nikon D3000 Nikkor 50mm f1.8 1/200 sec ISO 200

Nikon D3000 Nikkor 50mm f1.8 1/200 sec ISO 200






All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.