Misi November: Mencari IJN Yamato & SS-579 Akishio di Hiroshima?

Saya sudah memberitahu Naomi yang saya harus ke Hiroshima pada bulan November nanti ! Entah kenapa saya selalu memikirkan tentang bandar yang pernah digelar sebagai neraka dunia tersebut. Ingatan saya selalu melayang terkenangkan kemusnahan Hiroshima akibat ledakan bom atom dan keinginan saya yang membuak-buak ingin melihat sendiri sisa-sisa kapal perang Yamato yang cukup terkenal tersebut. Mungkin kerana saya baru saja habis membaca buku yang bertajuk Hiroshima: Bridge Of Forgiveness ataupun saya terlalu taksub dengan dokumentari Yamato: Sinking The Supership


Replika kapal Imperial Japanese Navy (IJN) Yamato. 

Ditauliahkan secara rasmi seminggu selepas serangan Pearl Harbor pada akhir tahun 1941, Yamato adalah kapal perang peneraju Armada Tentera Laut Imperial Jepun semasa Perang Dunia II bersama kembarnya Musashi. Mempunyai berat 72.800 tan metrik pada beban penuh dan bersenjatakan dengan sembilan laras meriam utama, ianya masih gagal merubah nasib kapal tersebut sewaktu menyertai Operasi Ten-Go, satu misi "suicide mission" untuk melindungi Pulau Okinawa daripada pencerobohan pihak berikat. IJN Yamato akhirnya tenggelam pada tengah hari 7hb April 1945 jam 14:20hrs akibat serangan bertubi-tubi pihak berikat. Ternyata, kapal tersebut gagal menyerap segala serangan dan musnah setelah dibedil dengan 10 torpedo dan lima bom seberat 1000 pound. Dilaporkan seramai 2498 anak kapal turut terkorban dalam serangan dasyat tersebut.


Mitsubishi A6M "Zero".
 Sewaktu mula diperkenalkan pada awal Perang Dunia II, Mitsubishi "Zero" dianggap antara pesawat pejuang terbaik pernah disaksikan dunia. Selain daripada mempunyai maneuverability yang pantas , ianya juga mampu terbang pada jarak yang sangat jauh. Mitsubishi Zero mendapat reputasi sebagai lagenda dogfighter kerana ianya pernah mencapai nisbah membunuh pada kadar yang cukup tinggi iaitu pada ratio  12- 1.
Kegemilangan "Zero" ini terus dipopularkan lagi dengan cerita- cerita pertempuran udara yang hebat antara Saburo Sakai, seorang juruterbang ace pesawat "Zero" Jepun menentang juruterbang handalan pesawat "Wildcat" pihak berikat iatu  James "Pug" Southerland di Guadalcanal.
 Walaupun pesawat "Pug" Southerland berjaya ditembak jatuh oleh Saburo Sakai, beliau diberitakan terselamat sewaktu pesawat beliau terhempas.   Kedua-dua juruterbang tersebut juga pernah menulis akaun  tentang pertempuran tersebut dan menjadikannya salah satu daripada dogfights hebat pernah didokumenkan semasa Perang Dunia II. Pada bulan Februari, 1998,  bangkai pesawat Wildcat  milik "Pug" Southerland akhirnya ditemui termasuk pistol berkaliber 0.45  beliau yang masih tersisip di bangkai pesawat tersebut. Dengan kehadiran bukti-bukti tersebut maka pihak penyiasat telah mengesahkan yang dogfight antara kedua-dua juruterbang tersebut memang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia II.  Pada tahun-tahun akhir Perang di Pasifik, "Zero" kerap kali digunakan dalam operasi berani mati (Kamikaze) dan ianya merupakan pesawat pejuang yang terbanyak pernah dibina daripada mana-mana pesawat Jepun yang lain.


SS-579 Akishio

Kapal selam kelas Yushio milik Tentera Laut Jepun (IJN) yang kini dijadikan muzium perang untuk tatapan umum di Kure, Hiroshima. Kapal selam berkuasa diesel ini mula memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Laut Jepun pada tahun 1985 dan tamat perkhidmatan pada tahun 2004. Dikatakan pernah terlibat didalam beberapa operasi khas sewaktu bersama IJN. 


Antara beberapa alatan anti-kapal selam yang dipamerkan di muzium JMSDF di Hiroshima.



** Kesemua imej adalah dari Google dan bukannya milik penulis **