Thursday, August 30, 2012

Osaka-Jo

Selepas gagal berjumpa dengan tugu peringatan Sanada Yukimura tempoh hari di Osaka, saya terus melencong menuju ke Osaka-Jo (Istana Osaka) untuk melengkapkan lawatan saya selama dua hari ke bandar tersebut. Walaupun masa perjalanan ke sini hanyalah satu jam dengan menaiki keretapi dari rumah saya di Kyoto, sebenarnya saya jarang sekali datang ke sini.

*****

Untuk pengetahuan, Istana Osaka yang tersergam ini betul-betul akan dipenuhi dengan pengunjung apabila tiba musim cuti sekolah. Percaya atau tidak, kebanyakkan pengunjung yang saya bertemu sewaktu saya di sini tempoh hari adalah orang-orang dari Malaysia !  Saya juga banyak bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia pada malamnya sewaktu saya keluar berjalan-jalan di Dotonbori.



Pemandangan Osaka-Jo dihadapan pintu utama. 


Perhatikan hiasan keemasan bumbung Osaka-Jo.


Istana Osaka ini sebenarnya terletak betul-betul di tengah bandar Osaka. Gambar ini diambil melalui ruang legar bangunan muzium Osaka yang terletak bersebelahan. 


Saya tertarik dengan seni ukir yang sebegitu indah ini.
.

Bersadur emas ?


Pakaian pekerja public area ini cukup unik. Ini sebenarnya adalah replika kepada baju armour milik samurai terkenal Sanada Yukimura.


Anda juga berpeluang menjadi seorang samurai jika melawat ke sini. Terdapat ruangan mini-studio yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar anda bersama costume samurai dengan harga yang agak berpatutan.
Cuba lah!


Salah satu simpang yang begitu sibuk di Dotonbori.
Kawasan yang dipenuhi dengan lampu neon ini mula aktif mulai waktu senja sehinggalah ke lewat pagi.


Saya mendapat berita yang mengatakan sungai ini akan dibangunankan menjadi kolam renang menjelang tahun 2015. Entah betul atau tidak, wallahualam!  



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you