Kyoto & Musim Luruh 2012.




Buat kali kedua saya kembali ke Kyoto pada tahun ini dalam suasana yang berbeza. Sekiranya trip terdahulu iaitu  pada awal Mac, kehadiran saya disambuti dengan cambahan bebunga Ume, kali ini pula, hampir keseluruhan bandar Kyoto di penuhi dengan lautan dedaun merah (momiji/maple) dan kuning ( ginkyo) ! Satu petanda jelas yang musim luruh hampir sampai ke kemuncak dan kehadiran musim sejuk sudah hampir tiba   (walaupun sebenarnya musim luruh juga amat sejuk di sini buat orang Malaysia seperti saya).




Untuk makluman, sambutan musim koyo atau musim luruh di Kyoto adalah hampir sama sambutannya dengan musim bunga sakura (Cherry blossom).Meriah ! 
Jangkaan awal saya yang kononnya kurang pelawat yang akan tiba disebabkan kerajaan China yang tidak menggalakkan rakyatnya datang melawat Jepun juga silap! Malah ribuan manusia tetap datang (rakyat Jepun sendiri) dan menyerbu ke seluruh pelusuk tumpuan seperti di Arashiyama, Kiyomizu Dera dan Eikando Shrine kerana pepohon sekitar yang mula bertukar warna. Dikatakan aktiviti menonton pepohon momiji dan dedaun merahnya ini sudah adat orang Jepun semenjak berabad yang lalu.

 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.