Tuesday, January 31, 2012

Toei Uzumasa Eigamura - Part III

Ini adalah bahagian ketiga siri Toei Uzumasa Eigamura yang pernah saya tulis di dalam blog ini. Oleh kerana ribuan gambar (seriously) yang di ambil sewaktu di sana, maka tak terdaya saya hendak upload kan kesemuanya di dalam satu episod saja. Oleh sebab itu, saya bahagikan ia kepada tiga siri yang mana ini  adalah siri terakhir tentang lawatan saya ke Kyoto's Toei Uzumasa Studio.

Jika anda masih ingat, introduction Toei Uzumasa Eigamura ini pernah saya tulis pada tahun lepas dan bahagian keduanya pula baru saja saya post kan minggu lepas.Rumusan daripada lawatan ini adalah, Toei bukan hanya sesuai untuk kanak kanak saja.Malah ianya juga sesuai untuk orang dewasa seperti saya yang mana pernah hidup dan mengharungi era zaman kegemilangan Polis Angkasa Gaban, Kamen Rider atau Masked Rider ( Orang melayu panggil Kesatria Baja Hitam), Power Ranger dan lain lain. Saya berani memberi jaminan yang hidup anda akan berubah seketika sewaktu di sini oleh kerana terbayangkan kenangan lampau. Ini kerana 
segala paparan penerangan dan karakter yang dipamerkan di sini cukup mengujakan dan seolah-olah hidup malah ianya membuatkan saya dengan tiba-tiba ingin jadi kanak kanak semula !!  

Beberapa keping gambar diambil untuk kenangan abadi dan khas buat adik adik di luar sana yang selalu percaya kepada kuasa baik akan sentiasa mengatasi kuasa jahat ! :)









For both of my daughters......



Issa X Da Pump: Kamen Rider "THE FIRST"





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Monday, January 30, 2012

Hello Kitty ! Itu Ini,Begitu Begini.............

Saya banyak kali terserempak dengan Hello Kitty disepanjang perjalanan saya di Jepun. Baik di bandar besar seperti Tokyo dan Osaka hinggalah kampung di pergunungan Nagano.Macam macam saiz dan warna yang saya temui dan tentulah hampir kesemuanya cukup cantik dan comel.

Hello Kitty hasil karya Yuko Shimizu ini betul-betul popular disana hinggakan ianya sudah di anggap sebagai ikon dan budaya bagi negara matahari terbit tersebut. Seperti biasa, beberapa keping gambar diambil untuk dikongsi bersama.


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm with filter +4 @ 25mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm withfilter + 4 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/5 sec, ISO 400 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 25mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 40mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)




Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Takeda Jinja, Yamanashi)




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Saturday, January 28, 2012

Sehari Di Pasar Fukui !

Tidak sanggup saya bangun sebegitu awal semata-mata untuk berdiri dan beratur bagi mendapatkan pas masuk Pasar Tsujiki -pasar paling sibuk di Tokyo dan juga di dunia. Untuk makluman, pengunjung yang berhasrat untuk masuk ke dalam Pasar Tsujiki dikehendaki memohon pas lawatan masuk di Osakana Fukyu Center berhampiran Kachidoki Gate seawal jam 5 pagi ! (first-come, first-serve basis!). Oleh kerana maksimum pengunjung yang dibenarkan masuk hanya seramai 120 orang untuk satu hari, maka anda perlu berada di Pasar tersebut seawal pukul 4 pagi untuk berpeluang masuk bagi menyaksikan pelelong melolong menjual ikan tuna di situ.  

Saya akhirnya membatalkan niat tersebut dan sebaliknya mengambil peluang melawat Pasar basah di wilayah Fukui.Ternyata, segala cerita tentang betapa mahalnya hasil laut di Jepun bukan perkara gurauan! Bayangkan, harga sotong untuk sekilo adalah hampir RM40.00 !

Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang saya ambil disana buat tatapan kita semua.


Udang. Cantik dan comel.Harga? RM40.00 ! 


Ikan Merah.Berjujuran air liur terkenangkan masakan sweet & sour Naomi menggunakan ikan ini. Harga? RM88.00 !! 


Ikan Sebelah ! Walaupun "sebelah", harganya tetap penuh - RM25.00!


Udang lagi. Mungkin gred yang ini agak baik sedikit,maka harganya juga naik sedikit - RM60.00!


Sotong kurita. Sihat dan masih hidup. RM30.00! 


Lagi ikan merah. RM65.00 !


Saya kurang pasti tentang spesis ikan "pink" ini.Walaupun rupa bentuknya hampir sama dengan ikan kerisi bali, namun rasa isi ikan ini agak berlainan. Harganya pula hampir mencecah RM80.00!


Ikan salai ini dijual pada harga RM20.00. Namun, perut saya tidak dapat menerimanya masuk kerana bau asap yang terlalu kuat pada ikan-ikan tersebut !  


 Kalau ada peniaga yang berani menjual sotong pada harga RM48.00 sekilo sebegini di Pulau Langkawi, nescaya beliau akan dibelasah teruk oleh penduduk kampung!   


Tenggiri ini juga dijual pada harga hampir RM80.00 untuk sekilo.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.




Friday, January 27, 2012

Kinkaku-ji : Kuil Zen Bersadur Emas.

Kali pertama saya melihat Kinkaku-ji ataupun Temple of the Golden Pavilion adalah menerusi poskad usang yang ditunjukkan oleh Naomi kepada saya belasan tahun yang lalu. Kuil Buddha yang terletak di bandar Kyoto, Jepun ini cukup tersohor bukan hanya kerana kecantikkan, malah ianya juga adalah kuil unik yang disaluti emas.

Kuil Kinkaku-ji yang dibeli dan diubah suai oleh Shogun Ashikaga Yoshimitsu pada tahun 1397 ini masih berdiri teguh sehingga sekarang walaupun pernah beberapa kali terbakar
ketika perang Onin dan pada tahun 1950.

Untuk pertama kalinya, Naomi membawa saya dan anak-anak melawati sendiri kuil tersebut yang kebetulannya terletak di bandar kelahiran beliau di Jepun. 
Terlopong mulut kami sekeluarga melihat keindahan kuil Kinkaku-ji !! 

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 30mm — 1/250 sec, ISO 200.

Mungkinkah anda pernah melihat gambar kuil Kinkaku-ji ini dijadikan wall paper oleh rakan-rakan sekerja anda pada PC mereka?  

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 55mm — 1/250 sec, ISO 200

Hampir keseluruhan bahagian kuil ini disaduri dengan emas tulen. Oleh yang sedemikian, orang awam tidak dibenarkan sama sekali menghampiri ataupun memasuki kuil tersebut.
Ini bagi mengelakkan masalah kecurian ataupun bahagian kuil yang diumpil keluar oleh pengunjung.   

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 35mm — 1/250 sec, ISO 200

Anda akan diberikan beberapa keping "pendinding" diri selepas membayar tiket masuk. 


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Walaupun rumah berhala usang bersebelahan ini tidak disaduri emas, ianya tetap menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya menyediakan ruang untuk berdoa atau memohon hajat.

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Lagi ruangan memohon hajat.Perhatikan duit syiling yang ditabur pengunjung.
Uhh..Banyak tu ! 

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/6 @ 55mm — 1/250 sec, ISO 200

Kalau sebelum ini pilihan ais krim saya adalah cornetto, kini tidak lagi.
Keenakkan ais krim Morinaga ini ternyata membuatkan anda menjilat jari !!

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/250 sec, ISO 200

Mempamerkan ais krim hiasan di dalam kotak plastik sebegini ketika musim kemarau adalah satu idea yang cukup bijak! Apa tidaknya,banyak wang saku saya dihabiskan di gerai-gerai sekitar dek kerana air liur anak yang berjujuran teringinkan ais krim tersebut !   
( 100 Yen bersamaan RM4.00)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Pengalaman saya dan keluarga mengembara ke Jepun baru bermula.Saya masih mempunyai ribuan gambar yang perlu di upload untuk dikongsi bersama (Itu pun, kalau masih ada yang sudi membaca)   :)




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Thursday, January 26, 2012

Spontaneous Thursday: Yamagata Masakage !

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm  — 1/800 sec, f/6, ISO 200

Badass Masakage.

Yamagata Masakage was one of the 24 generals of the Takeda clan. Famous for his red armour and skill in battlefield . He was also a retainer of Shingen leading the famous "red fire unit" (derived from Shingen's slogan FURINKAZAN). After his brother committed suicide as a cover for Takeda Yoshinobu's failed rebellion, Masakage took the red fire unit title and outfitted his cavalry in bright red armor. It was said that his cavalry would always charge first in battle; sowing confusion and panic in the enemy ranks.

His last campaign was in the ill fated Battle Of Nagashino in 1575 where he was shot down on horse while charging together with his famous red fire unit. All of them died together with him.

According to legend, Shingen called out to Yamagata from his deathbed in 1573 and ordered him to plant his banners at the Seta Bridge, the traditional eastern gateway to Kyôto.




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Pertarungan Di Toei Uzumasa Egamura.


Soalan : Benarkah pertarungan antara Musashi Miyamoto dan Sasaki Kojiro benar benar berlaku ? Lagenda tertulis kononnya Musashi Miyamoto tidak pernah kalah dalam apa jua pertarungan tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Saya pernah terbaca kisah perang Sekigahara pada tahun 1600 di mana tentera Toyotomi dan Tokugawa bertempur di dataran Shiga.Di dalam peperangan tersebut, Musashi yang menyebelahi pasukan Toyotomi Hideyoshi dikatakan telah tewas teruk. Beliau yang menjadi buruan akhirnya berjaya melarikan diri dari medan perang ke Gunung Hiko bagi menghabiskan masa mempelajari teknik permainan pedang.

Anda boleh membaca cerita penuh tentang kehebatan Musashi Miyamoto di dalam buku seni pedang karangan beliau sendiri iaitu The Book of Five Rings (五輪書 Go Rin No Sho).

Dek kerana terbawa bawa dengan kisah duel Musashi Miyamoto dan Sasaki Kojiro, saya akhirnya bertekad untuk ke Kyoto's Toei Uzumasa Eigamura untuk menyaksikan sendiri beberapa babak pertarungan pedang oleh aktor-aktor studio tersebut. Ternyata, aksi mereka cukup hebat dan mantap ! 











Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Sunday, January 22, 2012

Cherry Blossom Datang Awal Untuk Naomi !

Cherry Blossom datang awal kali ini untuk Naomi !
Maksud saya kereta idaman Naomi , SUV Cherry Tiggo sudah pun diambil di showroom tengah hari tadi. Bukan main gembira lagi Naomi dan anak anak.Banyak masa yang terluang hari ini dihabiskan dengan bersiar-siar sekeliling pulau bersama kereta baru tersebut.
Terima kasih sekali lagi untuk krew showroom Cherry kerana mengambil masa yang begitu singkat untuk keseluruhan proses pembelian.
.

    Sistem panduan memandu secara automatik dan berkuasa 1971cc adalah cukup sesuai untuk Naomi.   


Impian Naomi untuk memiliki SUV sendiri sudah pun tercapai. Malahan stok warna snow white pilihan juga adalah warna terbaru Cherry di pasaran !


Nana & Erika juga turut tumpang gembira. Maklumlah, kali ini mereka tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam kereta Kancil Naomi seperti sebelum ini. 


Si Panda hitam putih kesukaan Naomi ini akan ke mana juga mengikuti Naomi.
Kalau sebelum ini ianya tergantung menghiasi kereta merah Kancil, kali ini tergantung di  Cherry SUV terbaru Naomi pula !


Spesifikasi SUV Cherry
Engine type : Inline-4, DOHC, 16V
Engine Position: Front
Displacement (cc): 1971
Max. Power (kW/rpm): 102/5750
Max. Torque (Nm/rpm): 182/4300
Bore/Stroke (mm) :83.5 x 90.0
Compression Ratio: 10
Transmission :4 A/T
Fuel :Petrol
Fuel Tank (litre) :57
Fuel Delivery System : EFi





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved