PRU 13 : Scorpene & Enjin Northrop F-5E Tersadai Di Pulau Langkawi ?


Hanya tajuk sahaja yang gempar tetapi hakikatnya tidak !

Ini bukanlah kapal selam Scorpene milik TLDM yang menjadi isu politik dan dikatakan tidak mampu lagi untuk menyelam. Ini adalah hiasan kempen Parti Keadilan Rakyat sempena General Election yang akan berlangsung esok. Pendapat ikhlas saya, segala macam objek yang dipamerkan di sekitar Pulau Langkawi sempena kempen pilihan raya kali ini agak kreatif dan ternyata penduduk Langkawi ini mempunyai idea yang cukup sinis dan tajam !



Kapal Selam Scorpene yang "tersadai" di Kampung Belibis, Langkawi.



Lagi isu kapal selam Scorpene. Kali ini ianya ditemui di Kampung Kilim, Langkawi.
Siapa pula yang tengah mendayung atas kapal tu - wallahualam !  



Enjin pesawat Northrop F-5E yang dilaporkan hilang tempoh hari pun ada juga dijumpai di Langkawi ! :D  






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.