Biar Betul : Belut Dan Kejantanan Lelaki ?


Saya ambil gambar belut yang berada didalam akuarium dibawah sewaktu saya dalam perjalanan menuju ke kuil Todaiji di Nara, Jepun. Orang Jepun sememangnya bagus di dalam bidang pemasaran lebih-lebih lagi tentang cara-cara mempromosikan restoran-restoran ataupun masakan-masakan eksotik mereka. Selalunya, teknik jualan mereka lebih berunsurkan kepada tradisi ataupun kesihatanContoh terbaik adalah tentang kisah gambar belut dibawah. Menurut cerita lagi, belut yang baik dan lazat untuk hidangan selalunya datangnya dari wilayah Kagoshima yang terletak di penghujung kepulauan Kyusu. Ini kerana saiz belut-belut yang datang dari wilayah tersebut selalunya cukup besar dan isinya pula lebih sedap dari belut-belut prefecture yang lain. Ditokok-tambah sedikit tentang bagaimana sukarnya pula untuk mendapatkan belut-belut tersebut serta pasarannya yang terhad , maka berpusu-pusulah orang ramai menyerbu restoran-restoran bagi menikmati hidangan belut walaupun harganya bersama semangkuk nasi boleh mencecah hampir RM120.00 ! 
Entah betul atau tidak, orang Jepun juga percaya yang Unagi ataupun hidangan belut ini dapat menurunkan suhu badan dan sebab itulah ianya selalu sold out sewaktu musim panas! 

Itu cerita di Jepun. Lain pula ceritanya di Malaysia. Saya masih ingat lagi cerita hidangan kuah laksa di Kuala Perlis pada suatu ketika dahulu yang dibuat daripada belut. Untuk makluman, hidangan laksa Perlis yang dibuat dengan isi belut ini memang cukup famous pada suatu ketika dahalu. Hampir kesemua pengunjung yang datang ke Kuala Perlis ini  selalunya mahukan hidangan laksa belut disediakan diatas meja mereka (...kecuali saya...) ! 

 Saya akui yang saya kurang berselera dengan belut. Mungkin kerana rupa bentuknya yang seperti seekor ular. Jadi saya tolak cadangan menu tuan kedai elok-elok dan meminta beliau menyediakan kuah laksa yang dibuat dengan isi ikan. Namun beliau masih tetap tidak berpuas hati dengan jawapan saya lalu memberitahu saya yang belut dapat menguatkan nafsu, baik untuk sesi "atas katil" serta memberi kepuasan kepada isteri. 
Saya tidak pasti dari mana beliau mendapat idea-idea tersebut lalu saya menjawab balik yang saya lebih mempercayai Viagra daripada belut dalam isu-isu macam tu. Mungkin kerana malu, beliau beredar dari meja saya masih dengan muka yang agak masam.

Persoalannya, kenapa orang kita disini selalu berfikiran sebegini ? Adakah cerita-cerita berunsur seks dapat meningkatkan hasil jualan mereka?  Betul ke belut yang lembik tersebut boleh meningkatkan nafsu dan kejantanan lelaki ?  

Eh ? Betul ke ni ?







All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.