Wednesday, August 21, 2013

Fukui & Ketam Raksasa.

Ada yang berwarna oren dan ada yang merah menyala. Ada yang sedang memanjat bangunan dan ada pula yang terbaring diatas meja hidangan. Ada juga yang masih lagi terliuk lintuk didalam kotak-kotak ais menunggu pembeli yang berpoket tebal! 

Promosi? Gimik? Marketing cara orang sini? Anda firkirlah sendiri kerana orang Jepun  tidak peduli! Sekiranya anda mampu, anda beli dan sekiranya poket anda nipis - usah tawar menawar disini kerana ianya adalah satu amalan yang amat tidak disenangi.
  
Oh ya, saya sebenarnya bercakap tentang ketam. Walaupun ini bukan di Tsujiki ataupun Nishiki, harga ketam disini amatlah mahal walaupun disekitar bandar yang terkenal dengan makanan laut seperti di bandar Fukui ini. Saya singgah sebentar disini tempoh hari dalam perjalanan menuju ke Tsuruga City yang juga terletak di daerah Fukui dalam siri kembara bersama anak-anak untuk mendalami kisah Galaxy Express 999 ( click here ), kartun animasi terkenal karya Leiji Matsumoto.  

Lihatlah sendiri harga ketam-ketam disini (100 Yen bersamaan RM3.20). Sekiranya tidak membeli, berasa rugi. Sekiranya beli, malam nanti menggigit jari. 

Luah- mati emak.
Telan- mati bapak. 

Ikut rasa - binasa.
Ikut hati- mati !

Isteri bermuram durja, anak mencemik muka.... 

Aduh !








Dan ini adalah ekspresi wajah Erika selepas menjamu selera ....................









All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.