Wednesday, January 30, 2013

Kembara Jepun : Kita Bukan Photogenic !

Saya sedar yang saya bukan seorang yang photogenic! Gambar saya juga tidak laku untuk menjual majalah. Pendek kata, saya lebih selesa berada di belakang kamera daripada berdiri dihadapan kamera. Sebab itulah hampir keseluruhan gambar-gambar di dalam blog saya dipenuhi dengan gambar isteri dan anak-anak.

Ada kalanya, Naomi dan anak-anak cukup mendesak saya untuk diambil gambar.Haaa..terpaksalah juga terpacak berdiri dan membiarkan Nana & Erika mengambil gambar-gambar saya :) 

Nikon D3000  50mm  1/200 sec F/2.8 ISO 200 @ Nara, Jepun.

Nikon D3000 50mm  1/125 sec F/2.8 ISO 100 @ Nara, Jepun.

Nikon D3000 50mm  1/400 sec F/2.8 ISO 200 @ Naruto,Jepun.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, January 29, 2013

Renovasi Rumah 2013.

Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan kerja-kerja renovasi rumah dijalankan, akhirnya sebahagian daripada bahagian rumah telah pun siap. Walaupun habis kawasan sekeliling rumah dipenuhi dengan debu dan sisa-sisa kerja pembinaan, saya cukup berpuas hati dan tidak sabar menantikan keseluruhan kerja-kerja tersebut siap.

Hari ini, kerja-kerja pemasangan lampu akan dijalankan sebelum pekerja binaan menyambung semula kerja renovasi dibahagian dapur. Insya allah - mungkin dalam masa sebulan lagi semuanya akan siap.

Sebelum (Before)

Selepas ( After )

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, January 27, 2013

Nikon 17-55mm f/2.8 DX AF-S

Terima kasih saudara Noriaki Hishinuma, wakil penjualan daripada syarikat Matsuiya International Kanagawa , Jepun diatas bantuan beliau menguruskan proses penghantaran lensa terbaru saya iaitu Nikon 17-55mm f/2.8G DX AF-S terus ke Malaysia daripada Jepun. Lensa yang memang menjadi buruan saya sejak sekian lama ini akhirnya berjaya juga saya perolehi pada harga yang cukup berpatutan ( Jauh lebih murah daripada harga pasaran sekarang iaitu RM6,000 ataupun 179,000 JP Yen ).

Insya allah, saya akan cuba untuk upload gambar-gambar terbaru dengan menggunakan lensa baru tersebut.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, January 20, 2013

Kembara Ke Kepulauan Shikoku & Lautan Pasifik.

Saya ke Kepulauan Shikoku, Jepun semata-mata ingin mencuba Katsuo - iaitu hidangan ikan tuna bakar bersama ramuan istimewa dan cukup terkenal di sini. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Istana Kochi yang terletak betul-betul di tengah bandar Kochi. Sepanjang lawatan saya ke sana, saya juga sempat melawat tugu peringatan Chiyo iatu isteri pintar Yamauchi Kazuyoto salah seorang samurai terbilang.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, January 19, 2013

Menongkah Arus Kemajuan....

Nikon D300  50mm ISO 200 1/800 Sec f/1.8

Sekeping gambar yang saya ambil awal pagi tadi semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Kelihatan puluhan kerbau dan burung-burung bangau bertaburan diatas kehijauan kawasan sawah padi yang terbentang luas sejauh mata memandang di Pulau Langkawi.

Persoalannya; masih adakah lagi pemandangan mengasyikkan sebegini dimasa akan datang memandangkan banyak sudah kawasan sawah padi yang telah ditebus guna menjadi kawasan taman perumahan ?

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, January 6, 2013

Naruto : Pusaran Air Laut Gergasi

Saya ke wilayah Tokushima bulan lepas dalam siri jelajah Jepun untuk tahun 2012. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya ke Naruto untuk menyaksikan sendiri pusaran air bersaiz gergasi ! Saya cukup terpegun malah tidak percaya yang saya telah  sampai ke sini untuk menyaksikan sendiri kuasa Allah s.w.t

Moga-moga saya berpeluang untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang.
Insya Allah.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, January 3, 2013

Tamron 70-200mm F/2.8 (Bahagian 2)

Bercakap tentang lensa untuk potret, ramai yang memikirkan hanya lensa siri 80mm atau 50mm sahaja yang mampu menghasilkan imej yang berkualiti. So, apa akan jadi untuk orang seperti saya yang meminati mengambil gambar-gambar potret tetapi tidak mampu untuk melabur atau memiliki untuk lensa-lensa mahal seperti Nikon 80 f/1.4 ? Saya akhirnya mencuba lensa zoom 70-200mm f/2.8 Tamron yang saya beli pada bulan May tahun lepas untuk sesi potret dan hasil gambar tersebut agak tajam dan berkualiti.

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm ISO 400 1/40 sec 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.