Sunday, May 19, 2013

Lightroom : Naomi In Black & White.

Saya akui yang keupayaan saya menguasai Lightroom cukup terhad.Walaupun sudah hampir 3 tahun berdampingan dengan sistem tersebut, saya sedari yang terdapat banyak lagi perkara perlu saya pelajari.Tetapi ianya tidak menghalang minat saya untuk terus mencuba dan memperbaiki kebolehan saya dengan perisian tersebut.

Terbaru, saya cuba memproses sekeping gambar Naomi yang saya ambil sewaktu saya berada di Sekigahara pada lewat tahun lepas. Walaupun ianya bukanlah edit bertaraf professional namun saya tetap gembira dengan hasilnya.

Nikon D3000 50mm f/2.8 1/160 sec.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, May 14, 2013

Samyang 85mm f/1.4 AS IF

Okay.

Akhirnya tercapai sudah hasrat untuk memiliki lensa potret 85mm !
Walaupun ianya bukan berjenama Nikon, tetapi hasil gambar yang dihasilkan cukup menarik malah hampir menandingi lensa Nikon 85mm f/1.4 yang berharga RM3,000 (JPY34,000) tersebut. Percaya atau tidak, lensa Samyang ini sebenarnya dijual oleh seorang Imam di Kepulauan Okinawa, Jepun yang kini sedang berkhidmat bersama US Army kepada saya hanya pada harga RM900 menerusi halaman eBay (Ianya adalah lensa baru bukan second hand). Hasil tinjauan saya pada pasaran tempatan juga menunjukkan yang lensa tersebut dijual pada harga sekitar RM1200-RM1,300. Jadi saya berjaya save lah RM400 !

Saya sertakan bersama beberapa keping gambar Rider chan yang diambil menggunakan lensa tersebut.

Samyang 85mm f/1.4 - murah dan terbaik. Negative point, ianya lensa manual dan kemahiran anda untuk bermain dengan fokus diperlukan di sini.

Nikon D300 85mm f/1.4 1/250 sec ISO 200

Nikon D300 85mm f/1.4 1/200 sec ISO 200

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, May 13, 2013

Renovation: Before & After !

Masa berubah sebegitu pantas.Renovation rumah yang saya mula lakukan pada pertengahan bulan Disember 2012 telah selesai. Alhamdulillah, akhirnya saya mempunyai ruang taman sendiri untuk beristirehat seisi keluarga !

Before.
Disember 2012

Keadaan ruang rumah yang botak selepas kerja-kerja pembinaan pagar siap.

After
May 2013.

Keadaan semasa selepas pembinaan kolam Japanese Koi siap serta penanaman tanaman hiasan.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : Scorpene & Enjin Northrop F-5E Tersadai Di Pulau Langkawi ?

Hanya tajuk sahaja yang gempar tetapi hakikatnya tidak !

Ini bukanlah kapal selam Scorpene milik TLDM yang menjadi isu politik dan dikatakan tidak mampu lagi untuk menyelam. Ini adalah hiasan kempen Parti Keadilan Rakyat sempena General Election yang akan berlangsung esok. Pendapat ikhlas saya, segala macam objek yang dipamerkan di sekitar Pulau Langkawi sempena kempen pilihan raya kali ini agak kreatif dan ternyata penduduk Langkawi ini mempunyai idea yang cukup sinis dan tajam !

Kapal Selam Scorpene yang "tersadai" di Kampung Belibis, Langkawi.

Lagi isu kapal selam Scorpene. Kali ini ianya ditemui di Kampung Kilim, Langkawi.
Siapa pula yang tengah mendayung atas kapal tu - wallahualam !  

Enjin pesawat Northrop F-5E yang dilaporkan hilang tempoh hari pun ada juga dijumpai di Langkawi ! :D  