Sunday, September 29, 2013

Tamron 70-200mm f/2.8 Vs RMAF Mikoyan Gurevich MiG-29N !

 Perggkkhhh ! Tajuk sahaja sudah cukup gempar !
Sebenarnya, saya merujuk tentang keupayaan lensa Tamron 70-200mm f/2.8 untuk mengambil gambar pesawat pejuang MiG-29N diruang udara Pulau Langkawi tempoh hari. Kualiti gambarnya agak baik walaupun cita-cita saya seterusnya adalah untuk memiliki lensa Nikon 300mm f/2.8 !
 
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

- See more at: http://hasnulyakin.blogspot.com/2013_06_01_archive.html#sthash.6Kl1so4i.dpuf
Nikon D3000 @ 195mm  1/1000 sec   f/4.8  ISO 100

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
- See more at: http://hasnulyakin.blogspot.com/#sthash.tiDkpJ6O.dpuf

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. All photos are copyright the photographer and may not be used without written permission. Thank you.
- See more at: http://hasnulyakin.blogspot.com/2013_06_01_archive.html#sthash.6Kl1so4i.dpuf
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
- See more at: http://hasnulyakin.blogspot.com/#sthash.tiDkpJ6O.dpuf
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com.  All rights reserved. 

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
- See more at: http://hasnulyakin.blogspot.com/#sthash.tiDkpJ6O.dpuf

Thursday, September 26, 2013

1# PHOTOWALK - BERJAYA RESORT LANGKAWI

Lawatan persekitaran Gunung Mat Chinchang dan Berjaya Resort Langkawi bersama-sama President Of The Berjaya Fan Club. Aktiviti berjalan kaki yang mengambil masa hampir 2 jam ini betul-betul membuka mata saya tentang kehebatan flora & fauna di sini yang masih belum terusik walaupun sudah terdapat tanda-tanda yang kawasan ini bakal diterokai pada satu masa nanti !     

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, September 16, 2013

Kyoto Dibedal Taufan Man-yi!

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita buruk !

 Khabar dari Kyoto menceritakan yang Sungai Kamogawa kini melimpah ke bandar-bandar berdekatan selepas Kyoto dibedal Typoon Man-yi. Selepas menonton berita NHK sebentar tadi, rupanya bencana alam kali ini yang agak besar. Lintas langsung stesen televisyen NHK dari jambatan Shijo menunjukkan arus deras Sungai Kamogawa yang mengalir dan beberapa kawasan berdekatan yang sudah ditenggelami air. Turut diberitakan tentang ratusan penerbangan yang terpaksa dibatalkan dan perjalanan keretapi Shinkasen yang tergendala.

Harap-harap tiada sebarang kemalangan jiwa. Kepada seluruh keluarga saya yang menetap disana, moga-moga anda berada dalam keadaan yang selamat.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, September 10, 2013

"King Cobra" Gergasi : Masih Wujud Lagi ?

Entah kenapa facebook saya dipenuhi dengan beberapa post tentang King Cobra (ular tedung selar) semalam. Gambar-gambar yang disertakan cukup memeranjatkan saya. Rupa-rupanya, masih terdapat lagi ular tedung selar bersaiz monster yang hidup diatas muka bumi ini. Walaupun saya tidak pasti dimana haiwan tersebut ditangkap, tetapi saya pasti ianya bukan gambar yang diedit !

Andai nilailah sendiri gambar-gambar tersebut.

( Kredit kepada Google)

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, September 9, 2013

Si Kerapu Pelahap: Teknik Dan Petua Memancing Kerapu Di Pulau Langkawi !

Ada beribu-ribu blog tempatan dan oversea menulis tentang cara sebenar memancing ikan kerapu dan petua-petua untuk mendapatkannya. Malah saya sendiri pernah menulis tentang hobi memancing ikan kerapu didalam beberapa post saya yang terdahulu (Lihat  Sini, Sini, Sini,Sini.Sini.   ) . Untuk makluman, ikan kerapu adalah ikan yang cukup mudah untuk dipancing di Pulau Langkawi. Ianya tinggal hampir disegenap pelusuk tebing-tebing batu disekitar Pulau Langkawi malah saya tidak perlu bersusah-susah untuk study carta air pasang surut ataupun mencari umpan-umpan segar untuk memerangkapnya. 

Daripada pengalaman saya, ikan kerapu selalunya rajin membedal umpan sewaktu air surut dan umpan yang terbaik adalah hirisan ikan kembong (orang Kedah panggil ikan temenung). 
Saya juga menyedari saiz ikan kerapu yang bersaiz mega selalunya membaham mata pancing anda pada waktu lewat petang (senja) dan awal pagi (subuh) dan jarang didapati pada waktu siang. 

Saya juga ingin berkongsi beberapa lagi perkara mengenai memancing ikan kerapu;

1. Ikan kerapu bersaiz besar selalunya meragut umpan dengan begitu perlahan serta berhati-hati -  seperti digigit ketam. Ianya bukan ikan bodoh seperti yang kita sangka.Walaupun terkenal sebagai ikan yang melahap segala jenis umpan tetapi ikan yang besar selalunya bersikap lebin cerdik serta berhati-hati. Oleh itu, pastikan anda selalu bersabar dan kurangkan aktiviti memeriksa umpan. Malah, saya beberapa kali memperolehi ikan kerapu bersaiz besar tanpa perlu bertarung dengan ikan tersebut. Maksud saya, ikan tersebut hanya berdiam diri selepas membaham umpan dan tiada pecutan saat akhir yang dilakukan. Saya hanya menyedari adanya ikan yang telah memakan umpan apabila melihat tali koyan saya menjadi tegang.

2. Jangan bimbang sekiranya umpan anda dilarikan sang kerapu ke sarang disebalik batu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah kendurkan sedikit tali pancing anda buat seketika
dan ikan tersebut akan keluar semula.

3. Myth or Fact : Umpan terbaik untuk menjerat kerapu bersaiz 1 kilo ke atas adalah kepala ikan kembong ! Saya tidak pasti sekiranya anda mahu mempercayainya tetapi ianya berhasil untuk saya. Malah hampir kesemua ikan kerapu mega yang pernah saya dapat adalah berumpankan kepala ikan kembong ! 

4. Sekiranya anda berjaya  memperolehi ikan kerapu pada satu spot. Pastikan balingan ataupun lontaran anda yang seterusnya adalah pada spot yang sama. Ini kerana sarang kerapu selalunya dihuni lebih daripada 5 ekor pada sesuatu masa.

5. Jangan kecewa sekiranya tiada ikan kerapu yang memakan umpan kail anda pada waktu air baru pasang ataupun pasang penuh. Ikan kerapu selalunya bergerak keluar daripada lubang/rumah/sarang mereka sewaktu air mula bergolak surut. Mungkin kerana atas faktor makanan ( anak-anak ikan lain yang banyak berenang untuk kembali ke tengah laut ).

6. Elakan daripada menggunakan tali pancing bersaiz kecil atau joran bersaiz sederhana.
Anda mungkin akan menyesal sekiranya ikan kerapu bersaiz monster membaham umpan.

7. Sekiranya umpan anda diluah keluar ataupun ikan yang dipancing terlepas, jangan khuatir untuk mencuba lagi. Saya pernah mendapat ikan kerapu yang dimulutnya masih terdapat mata kail yang terlucut keluar pada awal sesi memancing.   

( Maaf atas kualiti gambar yang disertakan. Kesemua imej adalah dari Iphone) 

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Friday, September 6, 2013

Berjaya Langkawi Resort : Another Magical View !

Selepas berhempas pulas mengail kerapu dan gerepoh pada malam hari - pagi ini, saya dihadiahkan dengan pemandangan yang cukup indah lagi menarik. Bumi Langkawi seakan-akan dilitupi "aurora" yang berwarna kemerah-merahan. 

Indah sungguh ciptaan Tuhan !

Nikon D300 23mm 1/10 sec f/2.8 ISO 200

Nikon D300 55mm 1/15 sec f/3.2  ISO 200

Nikon D300 17mm 1/15 sec  f/2.8 ISO 200

Nikon D300 55mm 1/15 sec f/5.6  ISO 200

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, September 5, 2013

Pulau Langkawi Diserang Kerapu dan GT !

Saya sertakan disini beberapa keping gambar semasa saya menginap di Berjaya Langkawi Resort dan aktiviti memancing saya sewaktu tinggal di bilik Premier Chalet On Water. Hampir semalaman saya tidak berpeluang untuk tidur kerana joran saya yang rajin direntap oleh gerombolan ikan gerepuh (GT)  dan juga kerapu bersaiz mega.

Perghh...rasa macam mahu tinggal terus di sini !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, September 1, 2013

Another Lazy Sunday At Berjaya Langkawi !

Ahad ! 
Sepanjang hari dihabiskan dengan Naomi. Bermula dengan makan tengah hari di Beach Restaurant yang begitu sedap sambil menyiapkan post processing Lightroom gambar-gambar yang diambil sewaktu meronda-ronda sekitar Berjaya Resort Langkawi awal pagi tadi........

 Nikon D300 17-55mm f/2.8 ISO 200 1/200 sec

 Nikon D300 17-55mm f/2.8 ISO 200 1/125 sec