Saturday, March 15, 2014

Malaysian Airlines, Flight 370 (MH370): Day 8.

Kalau Tun Hussein Onn pernah terlibat didalam urusan menangani kejadian pesawat terhempas, pesawat Malaysian Airlines, Flight 653 (MH653) yang terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977, kali ini anak lelakinya pula terlibat dalam menguruskan perkara yang sama. Walaupun ianya agak ironic, tetapi saya percaya yang kedua-dua mereka ini mempunyai kebolehan tersendiri di dalam menyelesaikan kedua-dua peristiwa tersebut.

Apa-apa pun, saya begitu kagum melihat cara Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein yang begitu cool menjawab segala pertanyaan media tentang misteri kehilangan pesawat MAS, penerbangan MH370 (tukang gossip kata 37 tahun selepas incident 1977). Berdiri dihadapan pentas sambil melayan segala kerenah dan menjawap soalan-soalan dari pihak media bukanlah perkara yang mudah malah semenjak 7 hari yang lepas, saya nampak Panglima ATM sendiri pun hampir-hampir naik angin akibat diasak dengan pelbagai soalan-soalan yang berbaur konspirasi dan tidak masuk akal. 

Moga-moga isu ini dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat. 










All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.