Friday, April 11, 2014

Kyoto: Hiko jinja & Hinamatsuri Dolls.


Filem hebat lakonan Junichi Okada yang berjudul "Eien No Zero" ataupun "The Eternal Zero" telah membawa saya ke sini - Hiko jinja! Hiko jinja ini sebenarnya terletak kurang dari 1km saja dari hentian keretapi Keihan di pekan kecil Yawata di Kyoto. Shrine yang dibina dan diabadikan untuk aviator ini agak kurang dikunjungi mungkin kerana kurang promosi mengenainya ataupun lokasinya yang agak sukar untuk dicari. 

Apa-apa pun, saya berasa sangat beruntung dan bertuah sewaktu berada di sini pada minggu yang lepas. Selain dapat melihat sendiri wreckage pesawat tempur Mitsubishi A6M "Zero" (Kamikaze) yang terhempas di Teluk Osaka sewaktu perang dunia ke 2, saya juga sempat menyaksikan pameran Hinamatsuri dolls ( hingga akhir April)  yang sedang rancak diadakan! 

Punyalah excited, hanya tuhan saja yang tahu! 



Enjin Pesawat Tempur "Zero".
Naomi & Erika dihadapan main entrance Hiko-jinja.

Oh Ya! 
Saya juga mendapati yang pekerja-pekerja disini amat ramah dan mudah untuk didekati.Malah ada diantara mereka amat excited apabila saya memberitahu yang saya akan menulis mengenai Hiko jinja dan lawatan saya ke sini.

Kepada anda yang meminati dengan aviation, ambillah peluang melawat ke sini sekiranya anda menjejakkan kaki di wilayah Kyoto. Selain berpeluang untuk melihat pameran patung-patung Hinamatsuri, anda juga akan berpeluang melihat sendiri ratusan replika dan model-model kapal terbang disini - dari model Mitsubishi "Zero" A6M hinggalah ke pesawat tempuh canggih seperti Sukhoi SU-47 Berkut!

















P/S : Tiket untuk masuk ke sini berharga RM15.00.


All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.