Kyoto's Sakura Travelogue: Cerita Bunga Sakura Di Sanjo Ohashi.


Saya dibesarkan di Tongkang Yard, Alor Setar dan separuh daripada usia saya banyak dihabiskan disekitar kawasan tersebut. Dulu-dulu orang pernah berkata yang Tongkang Yard ini adalah "black area", bukan kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ancaman komunis bintang tiga tetapi kerana ancaman lain yang lebih berbahaya iaitu dadah. Akibatnya, saya selalu digelar sebagai "taik pit" ataupun penagih tegar setiap kali saya memperkenalkan diri dan asal usul saya kepada umum. Lebih malang lagi, saya juga sering ditertawakan didalam kelas apabila saya memberitahu yang cita-cita saya ingin adalah menjadi seorang doktor kepada cikgu. Punyalah malu hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana kawasan tempat tinggal saya pada waktu tersebut memang sarang "doktor-doktor" yang hobinya adalah mengubat dan mencucuk diri mereka sendiri. 

Walau bagaimanapun, telahan mereka terhadap saya pada puluhan tahun yang lalu adalah salah kerana saya survive membesar tanpa terlibat dengan najis dadah ataupun rokok jua ! Apa-apa pun, itu cerita dulu tentang Tongkang Yard. Sekarang kawasan tersebut telah maju serta bebas dari ancaman dadah dan juga "taik-taik pit".

======

Saya akui ada banyak persamaan antara Bandar Kyoto & Alor Setar terutama sekali pada sudut keharmonian dan juga ketenangan kedua-dua bandar tersebut. Kalau Alor Setar ada menara Alor Setar, Kyoto juga mempunyai menara mereka tersendiri. Kalau Alor Setar mempunyai jambatan sungai yang cantik ( tetapi sungai yang agak kotor), Kyoto juga mempunyai jambatan Sanjo (Sanjo Ohashi) yang cukup cantik dan sentiasa sibuk.

Sanjo Ohashi - jambatan yang cukup terkenal semenjak dari zaman pemerintahan Toyotomi Hideyoshi sehinggalah hari ini masih berdiri dengan gagah di bandar Kyoto.Ianya cukup gah bukan hanya sewaktu musim sakura malah pada hari-hari kebiasaan. Malah, tebing-tebing pejalan kaki dan laluan basikal disini sering dikunjungi dan hampir ribuan pengunjung datang  setiap hari kesini untuk beriadah ataupun menghabiskan masa bersama keluarga.

By the way, Sungai Kamogawa yang mengalir jernih dibawah Sanjo Ohashi ini cukup menarik malah belum pernah saya melihat sungai yang begitu bersih sebegini ditanah air saya sendiri iaitu Malaysia.



















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you