Saturday, November 29, 2014

Sanada Yukimura : Pahlawan Yang Hanya Muncul Sekali Dalam Seratus Tahun.

Throw back.. cerita tahun lepas di Osaka.Trip ini sepatutnya dinamakan sebagai trip "membalas dendam" ataupun trip "tutup malu". Apa tidaknya, selepas berkali-kali datang ke Osaka dan berkali-kali mencari Sanko Shrine dan gagal , akhirnya terjumpa juga pada musim luruh tahun lepas. Punyalah malu pada diri sendiri hanya tuhan saja yang tahu.Tempat yang sebegitu famous depan mata pun boleh cari tak jumpa...

Ada yang bertanya kepada saya , apa yang best sangat dengan Sanko Shrine ini? Seronok ke? Uuihhh, banyak keistimewaannya dik oiii.. Tak mengaji memang tak tahu punya.Kepada peminat-peminat sejarah, di Sanko Shrine inilah terletaknya statue Sanada Yukimura - samurai terbilang yang pernah terlibat didalam peperangan Siege of Osaka dan Sekigahara. Mengikut sejarah (atau mungkin di tokok tambah), Sanada Yukimura ini digelar sebagai samurai yang paling berani diantara ribuan samurai yang lain.Beliau juga digelar sebagai "Pahlawan yang hanya muncul sekali dalam seratus tahun " hinggakan Tokugawa Ilyasu yang hebat itu pun pernah mengimpikan untuk duduk minum semeja dengan beliau walaupun di alam afterlife
Punyalah gah keberanian Sanada Yukimura sampai begitu sekali. Respect betul ni.

By the way, saya diberitahu yang siri terbaru NHK Taiga drama selepas Gunshi Kanbei nanti adalah cerita berdasarkan kehidupan Sanada Yukimura! Peerrkhhh...Gerenti penuh sesak punya Sanko Shrine selepas ini nanti sekiranya rating drama tersebut melonjak selepas tayangan. Saya rasa anda perlu melawat ke sini secepat mungkin. 

Jangan nanti menyesal pula..
















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.