Sunday, December 21, 2014

Nagoya Night View : Isu Tripod Dan ISO Tinggi.

Minta maaf dengan kualiti gambar untuk malam ini. Kesemua foto-foto ini diambil tanpa menggunakan tripod sebaliknya hanya bertongkatkan dengan lengan dan juga dagu. Saya juga terpaksa dial ISO sehingga 1600 ( Nikon D300 ) untuk mendapatkan cahaya yang lebih dan sudah tentu terdapat noise pada sesetengah gambar akibat bukaan ISO yang tinggi. Inilah padah mengambil mudah perjalanan tanpa perancangan sehinggakan tripod yang sebegitu penting pun boleh tertinggal didalam bilik !

Oh Ya ! Gambar-gambar dibawah diambil pada jam sekitar 7 malam berhampiran Oasis 21, Sunshine Sakae dan Nagoya TV Tower di Nagoya, Jepun. By the way, terima kasih juga kepada pihak AirAsia X kerana menyediakan tiket penerbangan yang cukup murah sehinggakan saya kini bertukar arah dari airport Kansai ke Chubu Central Airport

Muah !








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.