Sunday, December 14, 2014

Otagi Nenbutsu-ji , おたぎねんぶつじ :1200 Penunggu Hutan Arashiyama, Kyoto.


Seisi kembara ke Otagi Nenbutsu-ji ( おたぎねんぶつじ ) di pergunungan Kyoto pagi ini betul-betul membuat saya berasa seperti protagonist Aragorn yang menyeru "King Of The Dead" untuk keluar lalu mengetuai "Army Of The Dead" menyerbu masuk ke medan perang di Minas Tirith dalam filem epik fantasi Lord Of The RingApa tidaknya, sebaik sahaja saya melangkah masuk ke perkarangan Otagi Nenbutsu-ji sebentar tadi, saya terasa seperti banyak mata yang sedang memandang sambil mengawasi segala gerak-geri saya. 





 





Walaupun semua 1200 Jizo yang terdapat disini bukanlah puaka seperti Dead Men of Dunharrow ataupun Oathbreakers yang disumpah oleh Isildur lalu menjadi penunggu di White Mountains, tetapi kewujudan batu-batu Jizo disini dengan suasana persekitaran yang cukup suram , sejuk dan sunyi memang membuatkan hutan ini seperti dihuni ribuan puaka !



Aragorn dan The Dead Army didalam filem Lord Of The Ring , filem arahan Peter Jackson.
(Foto dari Google)






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.