Saturday, February 22, 2014

Ikameshi - Versi Malaysia lah !

Anda tahu makanan ini ?  

Orang Jepun panggil Ikameshi dan orang Malaysia panggil Ketupat Sotong! 
Ianya banyak dijual di pasar malam sekitar Pulau Langkawi dengan harga RM3.00 untuk seekor sotong bersaiz sederhana dan RM4.00 untuk sotong besar. Walaupun ramuan yang digunakan untuk menyediakan Ketupat Sotong ini agak simple (pulut & sotong) , tetapi anda memerlukan kemahiran tersendiri untuk menyediakannnya. 

Perlu diingatkan disini juga yang Ketupat Sotong ini adalah makanan yang berkolesterol tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dimakan terlalu banyak. 

Duh !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Friday, February 21, 2014

Asuka-mura: Oni-no-Setchin ? Benarkah Ia Tandas Makhluk Gergasi ?

Ada pun gambar tandas yang ditunjukkan di bawah bukanlah tandas berbayar di Jepun tetapi adalah Oni-no-Setchin , iaitu tandas kepunyaan Oni (Gergasi purba) yang terdapat di Asuka-mura, Nara Jepun. Diceritakan yang tandas ini pernah digunakan oleh gergasi tersebut pada zaman dahulu kala malah majoriti penduduk Jepun amat percaya akan cerita-cerita tersebut termasuklah saya :)

Selain daripada melihat Oni-no-Setchin , anda juga berpeluang melihat sendiri Oni-no-Manaita iatu hamparan batuan yang pelik dan juga terkenal sebagai The Devil's Chopping Board. 

Gulp !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Thursday, February 20, 2014

Asuka-mura.

Kalau bercakap pasal wilayah Nara di Jepun, ingatan saya akan melayang terus ke Todaiji Shrine dan juga Nara Park yang terletak dikaki Gunung Wakakusa. Bagi saya, kembara ke Nara adalah satu pengalaman pengembaraan yang serba mudah dan cukup ringkas. Anda hanya perlu mengambil keretapi dari stesen ke stesen, berjalan kaki lebih kurang 10 minit dan sampai. Begitulah aktiviti rutin saya seharian sebelum ini kalau bercakap  tentang Nara.

Saya menjangkakan perkara yang sama apabila dijemput untuk ke Asuka-mura ataupun perkampungan Asuka yang juga terletak di wilayah Nara tempoh hari.
Dan jangkaan saya meleset ! 

Selain daripada terpaksa menaiki bas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, saya juga terpaksa berjalan berbelas-belas kilometer bersama beg galas yang beratnya berbelas-belas kilo kerana dipenuhi dengan lensa dan juga kamera.Bukan setakat itu, saya juga terpaksa mendaki beberapa buah bukit-bukit kecil yang terdapat disini kerana tidak mahu terlepas menyaksikan kecantikan kawasan disini pada waktu petang musim luruh. Orang Kedah kata " Mengerang juga la kalau nak perabih melawat area ni" ! Lebih teruk lagi untuk orang yang kurang exercise seperti saya ini. Tetapi memang berbaloi !

Oh ya, saya paparkan disini beberapa keping gambar sewaktu lawatan hari tersebut untuk dikongsi bersama.Hampir keseluruhan gambar gambar yang diambil adalah dengan menggunakan kamera Nikon D300, Nikon D700 bersama lensa prime  70-200mm f/2.8, 17-55mm f/2.8, 50mm f/1.8 dan juga 85mm f/1.4.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, February 9, 2014

Yamauchi Kazutoyo やまうち かつとよ & Chiyo.........

Saya pernah menonton sebuah drama NHK berjudul Komyo-ga-tsuji: Yamauchi Kazutoyo no Tsuma pada tahun 2007 tentang Lord Of Kakegawa iaitu Yamauchi Kazutoyo dan isterinya yang cukup setia dan pintar bernama Chiyo.  

6 tahun kemudian, saya akhirnya sampai juga ke wilayah Kochi  yang terletak di kepulauan Shikoku, Jepun dan saya sempat juga melawat ke Istana Kochi sambil melihat sendiri monumen dan juga lukisan-lukisan yang diabadikan untuk Kazutoyo.

Yamauchi Kazutoyo lengkap berpakaian perisai dan berlatar belakang bunga-bunga sakura yang gugur.

Yamauchi Kazutoyo dan Chiyo. Dikatakan Chiyo pernah menghadiahkan seekor kuda kepada suaminya untuk ke medan perang.

Hasil tangan tradisional yang cukup mengagumkan.....

Monumen tembaga Yamauchi Kazutoyo diluar Istana Kochi, Jepun.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Saturday, February 8, 2014

Lagi Cerita Peristiwa Genji Dan "Matcha" di Ujigawa # Part 2.

Sambungan post bulan Januari yang lalu. 

Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang saya ambil sewaktu meneroka masuk ke sebuah kampung berhampiran Ujigawa di Kyoto,Jepun tempoh hari. Selain mempunyai kawasan persekitaran yang cukup bersih, nilai-nilai budaya yang dipamerkan disini cukup menghiburkan. 

Jangan lupa untuk melawat ke Ujigawa sekiranya anda menjejakkan kaki di Kyoto.  

Pengunjung yang datang melawat ke monumen Genji Monogatari yang terletak ditebing Sungai Ujigawa.