Thursday, January 1, 2015

Sinbad : Pengembaraan Tujuh Lautan Di Tokyo Disney Sea .

Saya akui yang cerita dan pengembaraan muzikal Sinbad ataupun dalam bahasa arab  السندباد البحري ( as-Sindibad al-Baḥri) di Tokyo Disney Sea ini cukup mengujakan. Persembahan boneka-boneka yang seolah-olah hidup, background muzik yang cukup mempersonakan serta persembahan muzikal yang cukup berwarna-warni ini boleh membuatkan anda beratur untuk masuk berulang-kali !

Seperti mana yang diketahui umum, cerita pengembaraan Sinbad ini cukup popular diseluruh pelusuk dunia. Ianya menceritan tentang kisah seorang pemuda bernama Sinbad yang mengembara tujuh lautan dimana sepanjang pengembaraan tersebut, beliau bertemu dengan bermacam tempat magikal, raksasa-raksasa pelik dan fenomena supernatural.

Anda dapat menikmati segala pengembaraan tersebut di sini dan apa yang pasti, anak-anak kecil pasti terhibur !















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.