LIMA 2015: Boeing B-52 Stratofortress AKA Big Ugly Fat Fucker (BUFF).



Pelik benar bunyinya - Saya rasa seperti mencarut yang disulami dengan kelucahan melampau. Nak sebut pun malu , namun itulah gelaran yang diberikan oleh veteran-veteran perang Vietnam kepada pesawat pengebom strategik B-52 buatan Boeing ini.


Macam tidak percaya pula dapat melihat sendiri B-52 ini terbang di depan mata. Apa tidaknya, sewaktu zaman remaja dahulu, saya sering membaca tentang kehebatan pesawat ini yang diguna pakai oleh pasukan SAC - Strategic Air Command dalam misi pengeboman strategik di Vietnam. Walaupun ianya hanyalah pesawat pengebom, kemusnahan yang boleh dilakukannya cukup besar dan amat menakutkan.

Tidak percaya?


Cuba anda cari di Google tentang Operation Linebacker 1 & 2 di Vietnam.
Lihatlah bagaimana malapetaka datang dan turun dari langit bersama B-52 ini.





Fly pass oleh pesawat pengebom B-52 Stratofortress ini cukup menggerunkan. 
Deruan enjin pesawat B-52 ini saja sudah cukup membuatkan saya kecut perut!





 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.


Thank you.