Tuesday, April 21, 2015

Thank You So Much Chef Gordon Ramsay !

Naomi betul-betul bencikan si Gordon Ramsay. Kata Naomi, Chef Ramsay adalah seorang yang cukup ego, kaki bebal serta pembuli yang keterlaluan. Hmmmmmm.....Patutlah setiap kali saya cuba untuk menunjukkan kepada Naomi tentang rancangan masakkan Chef Gordon Ramsay di Youtube, beliau akan menolak.Benci katanya.
 
Seperti mana yang diketahui umum, Chef Ramsay yang berasal dari Scotland ini adalah seorang cukup panas baran. Macam-macam yang beliau komen dan kritik sekiranya kerja yang dilakukan tidak betul atau keterlaluan. Bagi anda yang selalu menonton rancangan beliau seperti siri rancangan Hell Kitchen, The F Word ataupun Kitchen Nightmare, anda boleh saksikan sendiri bagaimana pekerja-pekerja beliau dan tuan empunya restoran menjadi "bahan" dek kerana amarah beliau.
 


Saya bangun awal pagi tadi untuk menyediakan sarapan pagi untuk Naomi dan anak-anak. Memandangkan Naomi agak kurang sesuai dengan menu heavy breakfast seperti nasi lemak atau roti canai, saya hanya menyediakan hidangan roti, sosej, turkey ham, tomato serta scrambled egg dicampur cream untuk beliau. Walaupun segalanya disediakan dalam keadaan yang cukup kelam kabut kerana kesuntukkan masa tetapi taste hidangan itu memang cukup sedap. Komen yang sama juga saya terima daripada Naomi selepas beliau menjamah hidangan tersebut. Dan apabila saya memberitahu yang resepi itu saya belajar daripada seseorang yang paling beliau benci iaitu si Gordon Ramsay  - tersipu-sipu juga Naomi dengan ayat tersebut.


Apa-apa pun - thank you so much Chef Gordon Ramsay !!



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.