Saturday, May 23, 2015

A View From Here : Tokugawa Ieyasu Lebih Dashyat Dari Raja Bersiong ?


 

Cerita pagi ini masih berkisar tentang trip di Shizuoka dan pada lewat petangnya saya menuju pula ke Sunpu-jo Park. Walaupun hari sudah hampir kelam dan suhu persekitaran pula mula merudum turun, saya bertekad untuk datang juga sebelum berangkat pulang ke Tokyo pada malam nanti.

Di Sumpu-jo, saya terserampak dengan patung tembaga Tokugawa Ieyasu berdiri megah sambil memegang burung raptor di tangan beliau. Perrkh! Macam tidak percaya!! Siapa yang tidak kenal dengan Tokugawa Ieyasu? Samurai hebat dan terbilang dan pernah terlibat didalam peperangan Azukizaka No Tatakai dan Sekigahara . Immortalised di dalam buku-buku sejarah, pertunjukkan Kabuki atau noh serta filem-filem samurai, sudah tentu dunia tahu akan kehebatan beliau. Tokugawa juga adalah "Shogun" dan founder kepada Tokugawa shogunate dan sistem pemerintahannya kekal selama lebih 268 tahun sebelum kejatuhannya pada tahun 1868 sewaktu  Meiji Restoration .

  


Selain dikenali sebagai seorang pemerintah yang cukup cerdik, beliau juga dikatakan mempunyai reputasi yang cukup menggerunkan. Saya juga masih ingat cerita tentang beliau yang keluar memburu seluruh keluarga Toyotomi Hideyoshi lalu membunuh mereka satu persatu dan ini termasuklah anak kecil Hideyoshi iaitu Hideyori yang baru berusia 8 tahun dengan memancung kepala budak tersebut. Kekejaman beliau juga semakin menjadi-jadi di mana beliau tanpa ragu-ragu pernah menghukum bunuh isteri,anak sulungnya serta ratusan pendita-pendita kristian pada zaman pemerintahannya dulu.
 
Hmmmm...
Teringat pula saya kepada cerita emak sewaktu saya kecil-kecil dahulu tentang kezaliman Raja bersiong di negeri Kedah. Hampir sama jer cerita mereka berdua.
 
 


All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.