Tuesday, May 19, 2015

Kyoto Travelogue: Kuasa Mistik Daruma だるま.




Patung comel ini dikenali sebagai Daruma. Selalunya, ia berwarna merah dan banyak dijual di kedai-kedai hiasan dan cenderahati di Kyoto, Jepun. Dikatakan daruma ini adalah azimat ajaib dan ramai yang percaya ianya boleh mendatangkan rezeki dan mampu memenuhi segala impian seseorang. Oleh kerana daruma ini cukup popular, ianya selalu dibeli dan dihadiahkan sebagai cenderahati kepada rakan-rakan ataupun sanak-saudara sebagai simbol "good luck" ataupun "motivasi" kepada mereka..





Sepanjang pengetahuan saya, tiada sebarang jampi serapah ataupun mentera digunakan sewaktu mereka berdoa untuk sesuatu dihadapan daruma ini. Apa yang selalu mereka lakukan hanyalah melukis bebola mata daruma pada sebelah bahagian sahaja dan sebahagian lagi dibiarkan kosong. Mengikut lagenda, ianya sebagai motivasi kepada daruma untuk memperkenankan segala hajat kita. Sebelah mata lagi hanya akan dilukis sekiranya kita mendapat apa yang kita hajati dan ianya juga dikira sebagai hadiah kepada daruma untuk melihat kejayaan tersebut.

Pelik ? Memang pelik pun !

By the way, posting hari ini hanyalah sebagai informasi dan ianya bukanlah bertujuan untuk meracuni pemikiran untuk mempercayai perkara syirik ataupun memesongkan akidah pembaca. Saya percaya patung daruma ini tidak mempunyai kuasa mistik ataupun magik apatah lagi kuasa untuk memenuhi segala hajat seseorang. Apa yang baik itu hanya datang dari Allal swt jua.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.