Sunday, May 17, 2015

Selepas Tsunami, Jepun Kini Diancam Godzilla?

Saya akui elemen scaremongering kerap digunapakai oleh wartawan asing setiap kali mereka menulis tentang isu bencana di Jepun. Walaupun saya dan keluarga sendiri tidak pasti hujung pangkal apa yang mahu ditulis oleh mereka namun ianya kerap menyakitkan hati. Ada kalanya, olahan penulisan wartawan-wartawan ini seolah-olah makhluk gergasi Godzilla akan keluar dari permukaan lautan dan sedia untuk menerkam Jepun! Punyalah teruk gambaran yang cuba disampaikan hinggakan seluruh dunia akan histeria membaca tulisan mereka. Apa tidaknya, berlambak-lambak perkataan seperti "mati","azab", "malapetaka", "nuklear","racun","musnah" dan "bencana" digunakan di dalam penulisan tersebut.

 

 
Semalam, saya terbaca pula ramalan seorang lagi penulis barat tentang ancaman gempa bumi yang diramalkan akan melanda Jepun. Kononnya, gegaran tersebut akan lebih kuat dan mempunyai daya ancaman tsunami yang lebih besar daripada yang pernah melanda Tohuku region! Oftentimes sensationalistic reporting sebegini terlalu berkait rapat dengan tiga perkara. Pertama, desakan menjual naskah suratkhabar mereka ataupun modal cerita untuk melariskan jualan. Kedua, tuan empunya blog ataupun penulis yang terlalu kebulur kepada heavy traffic flow untuk blog mereka. Perkara asas untuk sesuatu laporan seperti sumber bukti ditolak tepi dan segalanya ditulis mengikut sedap hati. Dan yang terakhir adalah penulis "bodoh-sombong". Penulis jenis yang suka copy paste. Langsung tidak boleh ditegur. Sedikit diambil disini dan sedikit diambil disana. Orang putih kata Mr/Mrs know everythings. Penulis jenis begini sudah wujud sedemikian lama dan para scientist masih belum menjumpai sebarang ubat yang mujarab untuk merawat mereka. 
  

Untuk makluman, keluarga saya di Jepun tidak pernah berbincang tentang betapa bahayanya reaktor nuklear Fukushima Daichi ataupun ancaman tectonic plates yang sedang bergerak di bumi Jepun. Bagi mereka, segala ancaman tersebut adalah lumrah. Sudah berpuluh generasi mereka hidup sedemikian dan tahulah mereka menghadapinya. Tidak perlulah kita menokok tambah cerita dan mengeruhkan lagi suasana. Malah saya yakin kerajaan mereka tahu dan lebih cekap dalam menangani perkara-perkara sebegini berbanding kita.




 Bercakap tentang media barat , saya juga adakalanya mempunyai some wild imagination ....Tetiba saya becomes that super-being, Ultraman untuk menyelamatkan seluruh famili saya disanaBy the way - fooling around with my kids certainly more entertaining than some of the utterly horrible garbage on TV ataupun surat khabar for them nowadays!






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.