Teater Lagenda Mahsuri : Selamat Datang Ke Panggung Mek Mulong, Kota Mahsuri Langkawi !


Wow!
Saya akui pementasan kebudayaan teater Mahsuri di panggung Mek Mulong,Kota Mahsuri (Makam Mahsuri)Langkawi kelmarin cukup hebat malah ada penonton yang menangis kerana terlalu sedih dalam menghayati jalan cerita drama pentas tersebut! Tahniah saya ucapkan dan saya memang respect habis! Pendek kata saya cukup berpuas hati dengan bayaran tiket tambahan RM8 yang dikenakan untuk masuk ke panggung tersebut kerana jalan cerita, prop, sound effect dan kualiti persembahan yang ditunjukkan oleh peserta kumpulan kebudayaan ini cukup bagus dan nampak begitu professional.

Namun begitu, ada sedikit kritikan membina yang ingin saya sampaikan kepada pihak pengurusan. Besar sangat harapan saya sekiranya pihak berkenaan dapat memeriksa segala informasi yang dipaparkan tentang Kota Mahsuri ataupun Makam Mahsuri di halaman internet. Bukannya apa, berpuluh-puluh kali saya cuba membuat panggilan kepada nombor telefon yang tertera namun ianya tiada dalam perkhidmatan!

Saya juga ingin mencadangkan agar kerani jualan tiket di pintu utama lebih pro-aktif dalam mempromosikan "tiket" pementasan panggung Mek Mulong. Ini kerana ramai pengunjung yang datang kelmarin tidak tahu tentang pementasan drama Mahsuri tersebut dek kerana kurangnya perhatian mereka terhadap papan-papan promosi yang disediakan. Buktinya, hanya terdapat lebih kurang 15 orang penonton saja yang datang ke panggung kelmarin walaupun suasana di luar panggung agak busy dengan pengunjung.
Just my 2 cents!


























 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.