Meredah Air Terjun Lubuk Sembilang & Tangga Helang Seribu Kenangan Pulau Langkawi.

Secara kebetulan, saya datang semula ke kawasan air terjun Lubuk Sembilang kelmarin, 13hb September 2015 selepas genap 4 tahun lawatan terakhir saya ke sini pada 13hb September 2011 (mengikut maklumat perisian data Lightroom gambar saya). Apa yang pasti, kawasan ini nampak lebih bersih serta tersusun jika hendak dibandingkan dengan lawatan saya pada 4 tahun yang lalu. Kalau dahulu, air sungai yang mengalir disini cukup kotor serta berkeladak (mungkin kerana hujan hebat) tetapi kelmarin, airnya cukup bersih serta jernih walaupun saya tiba juga selepas hujan. Saya juga mendapati sampah sekeliling agak berkurangan mungkin kerana penyediaan tong-tong sampah serta kemudahan-kemudahan lain seperti kawasan pondok rehat serta tandas awam yang cukup bersih.
 
Untuk makluman, disini juga terletaknya Tangga Helang Seribu Kenangan - laluan paling "seksa" untuk orang yang kurang "exercise" seperti saya untuk sampai ke puncak Gunung Raya. Walaupun jarak perjalanan yang ditulis di papan kenyataan untuk mendaki naik hanya sejauh 3.1 kilometer serta mengambil masa 2 jam 15 minit, saya berasa seperti "eternity" untuk sampai ke puncak atas. 
 
Sebagai nasihat, saya mencadangkan para pendaki wanita supaya datang ke sini secara berkumpulan dan jangan sesekali cuba mendaki secara bersendirian atau berdua. Selain daripada bahaya hutan, ancaman ular tedung selar sebesar betis yang dilaporkan selalu lalu lalang disini harus diambil kira.
 
Oh Ya...Kepada kaki-kaki pancing, ikan-ikan tengas sebesar botol mineral rupa-rupanya wujud disini dan menghuni kawasan lubuk air yang mengalir laju. Mengikut cerita pemancing-pemancing yang saya temui, ikan-ikan tengas ini selalu menyerang hendap umpan-umpan yang dihulurkan pada hari lewat petang sewaktu kawasan sekeliling mulai redup.
   
Bersambung.......................
 









All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.