Pesta Jidai Matsuri : "Photos That Evoke Feeling Of Old Japan"...

Untuk makluman, Pesta Jidai Matsuri ini merupakan perayaan tradisional Jepun yang diadakan pada 22 Oktober setiap tahun ( Yes! Tarikh yang sama segenap tahun) di Kyoto, Jepun. Ianya adalah salah satu daripada tiga perayaan besar dan terkenal di Kyoto di mana dua yang lain adalah Pesta Aoi Matsuri yang diadakan setiap tahun pada 15 Mei (musim panas) dan Pesta Gion Matsuri yang juga diadakan setiap tahun pada bulan Julai.


Apa yang menarik tentang Pesta Jidai Matsuri ini ialah ianya disambut secara besar-besaran dan terdapat pelbagai watak yang mengambil bahagian dalam acara perarakan ini sambil mewakili perbagai tempoh bermula dari zaman feudal Jepun hinggalah ke era Meiji restoration. Sudah tentu nama-nama besar dalam sejarah Jepun seperti Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, Tomoe Gozen, Sakamoto Ryoma, Murasaki Shikibu dan pelbagai lagi dapat dilihat pada hari yang bersejarah ini.










All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.