Tuesday, March 31, 2015

Tokyografi : Sengaku-ji, Kubur Sebenar 47 Ronin !

Saya pernah berleter panjang tentang filem 47 ronin lakonan Keanu Reeves pada post lalu. Selain daripada plot cerita yang cukup merapu, kualiti lakonannya lebih teruk daripada aktor-aktor lain yang pernah terlibat dalam sequal filem tersebut. Kalau hendak dibandingkan beliau dengan Ken Takakura dan Takuya Kimura, memang macam langit dengan bumi perbezaannya. Tetapi, benefit of the doubt - mungkin Keanu Reeves bukannya aktor Jepun dan penghayatannya mungkin agak kurang berbanding dengan aktor-aktor yang lain. Jadi beliau masih boleh kita boleh maafkan.


(Imeg dari Google)


Bercakap tentang 47 ronin, saya akhirnya sampai juga ke Sengaku-ji yang terletak di Tokyo ini. Seperti mana yang kita tahu (sama ada dari buku atau pementasan kabuki) , kesemua 47 samurai tersebut disemadikan disini selepas melakukan upacara "seppuku" selepas diarah Shogun - (hanya seorang daripada mereka mati pada tahun kemudiannya). 

Senarai nama-nama samurai yang terlibat dan dihukum mati akibat perbuatan tersebut ada dipamerkan dipapan informasi sebagai makluman kepada pengunjung yang datang. Anda juga berpeluang melihat sendiri telaga yang pernah digunakan oleh kumpulan tersebut untuk membasuh kepala Kira selepas dipenggal bagi dipersembahkan di kubur Asano.

Oh ya, kepada anda yang belum pernah mendengar cerita sejarah ini, anda boleh membaca cerita tersebut yang pernah saya tulis di link sini . 



Seawal pagi sudah terdapat pengunjung yang datang. 



Telaga yang pernah digunakan untuk membasuh kepala Kira selepas dipenggal !




Pengunjung yang tidak putus-putus datang bagi memperingati 47 samurai tersebut.  















Chusingura ataupun 47 ronin - jalan ceritanya adalah sama. 
Jenaka orang Jepun selalu mengatakan yang anda bukanlah orang Jepun sejati sekiranya anda tidak tahu tentang lagenda cerita ini.  Alangkah bagusnya sekiranya pemikiran yang sama diterapkan kepada kita di Malaysia. Bukannya apa, semenjak akhir-akhir ini saya menyedari yang kanak-kanak kita lebih mengenali Naruto Shippuden lebih daripada mereka kenal Mat Kilau atau Tok Gajah !



"風さそふ花よりも / なほ我はまた / 春の名残を / いかにやとせん"

Saya berdiri berhampiran kubur Asano Naganori - ketua kumpulan keluarga Asano. Kerana difitnah, beliau juga diarah bunuh diri oleh Shogun pada waktu tersebut. Kematian beliau telah menyebabkan 47 samurai yang berada dibawah naungan keluarga tersebut bertekad untuk membalas dendam.




Tugu Asano Naganori di halaman Sengaku-ji, Tokyo.




Macam macam bentuk barangan hiasan yang dijual berhampiran pintu masuk Sengaku-ji.
Replika gendang yang dipalu pada malam serangan tersebut juga ada dijual disini.



   All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Monday, March 30, 2015

Kyotografi: Fushimi Inari Taisha !

Masa seperti berhenti setiap kali saya berada di Kyoto.Segala-galanya agak slow disini. Kalau busy pun, hanyalah pada waktu rush hours yang mana segala jenis manusia berebut-rebut menaiki keretapi untuk pergi ataupun balik dari tempat kerja. Keadaan ini agak berlainan dengan bandaraya Tokyo yang senantiasa sesak dan tidak sesuai bagi saya yang bencikan living in the fast lane - stress serta meletihkan! Oleh kerana terdapat perbezaaan antara Kyoto dan Tokyo, pendekatan saya terhadap fotografi juga berubah sewaktu saya berada disini (Kyoto). Kamera usang Nikon D300 saya kembali semula ke mode "single shot" dan bukan lagi kepada "continous high" yang selalu digunapakai sewaktu di Tokyo.Tiada lagi "carpet bombing" fotografi yakni membelasah mengambil gambar pada setiap subjek yang wujud depan mata. Segalanya dipilih sebelum shutter dipicit...Inilah yang saya panggil sebagai Kyotografi dan bukannya Tokyografi.

By the way, saya kembali semula ke Fushimi Inari Taisha. Boleh dikatakan setiap tahun saya datang ke sini. Tak pernah jemu ler pula.
























All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, March 29, 2015

Jurnal Balik Kampung : Kyoto's Teradaya Inn.


Saya betul betul tertarik dengan kawasan persekitaran kampung Fushimi yang terletak di Kyoto ini. Boleh dikatakan yang saya selalu ke sini setiap kali saya pulang ke Kyoto. Selain daripada kawasan persekitarannya yang nampak seperti kehidupan zaman medieval Jepun, banyak cerita-cerita sejarah yang tersembunyi disini. Dan apabila kita bercakap tentang sejarah Kyoto, nama-nama seperti Sakamoto Ryoma dan Teradaya Inn memang tidak dapat dipisahkan.

Ada sedikit infomasi yang saya paparkan pada lawatan lalu di pautan sini























All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.