Monday, September 14, 2015

Meredah Air Terjun Lubuk Sembilang & Tangga Helang Seribu Kenangan Pulau Langkawi.

Secara kebetulan, saya datang semula ke kawasan air terjun Lubuk Sembilang kelmarin, 13hb September 2015 selepas genap 4 tahun lawatan terakhir saya ke sini pada 13hb September 2011 (mengikut maklumat perisian data Lightroom gambar saya). Apa yang pasti, kawasan ini nampak lebih bersih serta tersusun jika hendak dibandingkan dengan lawatan saya pada 4 tahun yang lalu. Kalau dahulu, air sungai yang mengalir disini cukup kotor serta berkeladak (mungkin kerana hujan hebat) tetapi kelmarin, airnya cukup bersih serta jernih walaupun saya tiba juga selepas hujan. Saya juga mendapati sampah sekeliling agak berkurangan mungkin kerana penyediaan tong-tong sampah serta kemudahan-kemudahan lain seperti kawasan pondok rehat serta tandas awam yang cukup bersih.
 
Untuk makluman, disini juga terletaknya Tangga Helang Seribu Kenangan - laluan paling "seksa" untuk orang yang kurang "exercise" seperti saya untuk sampai ke puncak Gunung Raya. Walaupun jarak perjalanan yang ditulis di papan kenyataan untuk mendaki naik hanya sejauh 3.1 kilometer serta mengambil masa 2 jam 15 minit, saya berasa seperti "eternity" untuk sampai ke puncak atas. 
 
Sebagai nasihat, saya mencadangkan para pendaki wanita supaya datang ke sini secara berkumpulan dan jangan sesekali cuba mendaki secara bersendirian atau berdua. Selain daripada bahaya hutan, ancaman ular tedung selar sebesar betis yang dilaporkan selalu lalu lalang disini harus diambil kira.
 
Oh Ya...Kepada kaki-kaki pancing, ikan-ikan tengas sebesar botol mineral rupa-rupanya wujud disini dan menghuni kawasan lubuk air yang mengalir laju. Mengikut cerita pemancing-pemancing yang saya temui, ikan-ikan tengas ini selalu menyerang hendap umpan-umpan yang dihulurkan pada hari lewat petang sewaktu kawasan sekeliling mulai redup.
   
Bersambung.......................
 









All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Sunday, September 6, 2015

Hannya : Wanita Jelmaan Iblis

Sewaktu saya menulis tentang jurnal Nagoya tempoh hari, terlupa saya hendak menceritakan tentang topeng Noh yang bertaring tajam serta bertanduk ini. Topeng ini dipanggil "Hannya" iaitu karekter seorang perempuan Jepun yang bertukar wajah menjadi syaitan (Langsuir versi Jepun?) yang terlalu cemburu dan dikuasai perasaan amarah. 

Secara ringkasnya, terdapat tiga jenis Hannya di dalam cerita-cerita Noh Jepun iaitu : Namanari , Chunari dan Honnari . Kepada peminat kesusasteraan Jepun pula, anda sudah tentu tahu akan cerita tiga Hannya yang paling terkenal iaitu Lady Rokujo dari Aoi No Ue , Kurozuka dari Kurozuka dan Kiyo -Hime dari Dojo -ji.




(Imej dari Ebay.Com)






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday, September 2, 2015

Kyoto's Travelogue : Epilog Musim Sakura Dan Tiket Tambang Murah AirAsia !

Terdapat ratusan gambar-gambar musim bunga sakura (Cherry Blossoms) yang saya ambil pada tahun lepas dan masih belum diproses sehingga semalam. Hampir kesemua gambar-gambar ini  saya ambil sewaktu trip balik kampong ke Kyoto pada penghujung bulan March hinggalah awal bulan April tahun 2014.


Kepada pembaca yang mahu melawat ke Kyoto, saya nasihatkan agar tiket dibeli awal bagi mengelakkan harga tiket yang selalunya melambung naik apabila dibeli pada saat-saat akhir. Untuk lebih mudah, beli saja tiket penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Kansai (Osaka). Tidak perlu bersusah-payah google mencari tiket murah syarikat lain kerana tiada yang mampu menawarkan harga tiket semurah dan "gila" seperti AirAsia !


Untuk makluman, Kyoto hanya terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Osaka dengan menaiki bas ataupun teksi. 
Enjoy !













All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Tuesday, September 1, 2015

Kyoto's Travelogue : Banyak Yang Halal Dari Haram Di Sini.


Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh tinggal di Jepun berminggu-minggu dan adakah saya terlalu mengambil mudah dalam bab makanan seharian? Terus terang saya  cakap, Jepun adalah negara yang cukup bertoleransi dan menghormati dalam bab-bab agama dan terdapat banyak restoren-restoren halal di Jepun terutama sekali di bandar Kyoto ini. Kesungguhan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui halaman sesawang yang disediakan hinggakan hotel 5 bintang Kyoto Granvia hotel pun kini telah mempunyai sijil halal!  


Tak percaya? Cuba anda layari halaman di sini. Masih khuatir ?  Email saja kepada saya untuk maklumat tambahan. Selamat bercuti dan insya allah kita dapat berjumpa di Kyoto pada satu ketika nanti.





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.