Jurnal Nagasaki : Mana Lebih Ngeri, Kuchisake-Onna Atau Mangsa Bom Atom?



Saya sampai ke bandar Nagasaki agak awal pada pagi tersebut. Kalau hendak dibandingkan suasana bandar Nagasaki dengan bandar-bandar lain di Jepun, memang terdapat sedikit perbezaan. Di sini, pengaruh Portugis, Belanda dan China memang betul-betul obvious dan jelas kelihatan terutama sekali pada kawasan sekeliling dan juga makanan- makanan yang dijual di tepi jalan. Saya juga mendapati keadaan suhu di sini agak panas pada hari tersebut walaupun Jepun sudah memasuki fasa pertukaran musim luruh ke musim sejuk.






By the way, kalau sebut tentang Nagasaki, urband legend tentang kisah Kuchisake-onna iaitu hantu wanita yang ditoreh muka oleh suaminya memang kerap muncul di dalam kepala. Cerita ngeri yang pernah menjadi bualan hangat pada tahun 1979 ini memang cukup menakutkan selepas bebarapa siri laporan diterima oleh pihak Polis di Jepun.Dikatakan Kuchisake-onna yang selalu memakai topeng pembedahan (surgical mask) kerap muncul di bandar Nagasaki terutama sekali pada kawasan-kawasan berhampiran sekolah. Kononnya, Kuchisake-onna gemar menegur sambil meminta kanak-kanak sekolah untuk berterus-terang sama ada beliau cantik ataupun tidak


Menurut cerita lagi, jika kanak-kanak tersebut berkata "ya" ataupun "tidak", Kuchisake-onna akan membuka topeng yang dipakainya sambil mendedahkan mulutnya yang telah ditoreh dari telinga ke telinga lalu bertanyakan soalan lagi. Sekiranya mereka masih menjawab "ya" ataupun "tidak", beliau akan memotong mulut mereka lalu membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi sama seperti beliau. Dikatakan cara terbaik untuk menyelamatkan diri anda dengan Kuchisake-onna adalah dengan menukar tajuk perbualan anda sesuatu yang tidak bersangkut paut dengan wajah dirinya.




Mengikut cerita isteri saya pula, dia tidak percaya akan wujudnya hantu Kuchisake-onna sebaliknya ianya adalah kerja gila wanita psycho ataupun wanita yang hilang akal akibat  terlalu stress bekerja ataupun kerap di dera suami. Hahahaha...Okay, kita lupakan sejenak tentang kisah hantu Kuchisake-onna dan saya ceritakan sedikit tentang kisah pengeboman Nagasaki. 

Bagi adik-adik yang masih bersekolah, sudah tentulah cerita tentang pengeboman Hiroshima dan juga Nagasaki masih segar di ingatan kerana topik ini terdapat di dalam buku-buku teks terutama sekali dalam mata pelajaran Sejarah. Kepada anda yang sudah terlupa, saya akan huraikan sedikit tentang serangan ngeri tersebut secara ringkas agar kita faham akan bahaya peperangan.     



Pada 9hb Ogos 1945, jam 9:44 pagi ,"Bockscar" sebuah pesawat pengebom jarak jauh B-29 Superfortress milik tentera udara Amerika membawa "Fat Man", iaitu sebiji bom atom yang ketiga pernah dilihat dunia tiba pada sasaran utamanya, bandar Kokura, Jepun. Namun begitu, sesuatu yang tidak dijangka berlaku di mana bandar Kokura telah hilang daripada pandangan juruterbang akibat jerebu dan asap tebal dan operasi pengeboman amat sukar untuk dijalankan.  Dikatakan Bandar Kokura amat sukar dilihat dari udara kerana asap-asap tebal tersebut muncul akibat serangan dan juga pengeboman terdahulu pihak Amerika di bandar-bandar berdekatan.

Beberapa minit kemudian, "Bockscar" kemudiannya bertukar haluan lalu menuju ke sasaran keduanya iaitu Nagasaki. Pada jam 11:02, bom atom "Fat Man" digugurkan di Nagasaki dan bahang panas yang melampau akibat daripada letupan tersebut telah membunuh hampir 75,000 penduduk di situ serta merta. 




Oh ya! Sekiranya anda datang ke Nagasaki, jangan lupa melawat ke Nagasaki Peace Park serta muzium berdekatan kerana kesan daripada pengeboman tersebut masih terdapat di sini. 








































 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.