Wednesday, January 20, 2016

Jurnal Shimonoseki : Jelmaan Hantu Taira, Ikan Fugu Dan Heikegani.

Perjalanan saya ke bandar Shimonoseki yang terletak di wilayah Yamaguchi mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai. Bermula dengan perjalanan awal pagi dari Kyoto ke Shin-Osaka dengan menaiki local train, perjalanan tersebut diteruskan pula dengan menaiki shinkansen menuju ke Hakata yang terletak di Fukuoka (sebenarnya anda boleh turun di stesen Shimonoseki ataupun Kokura).

   
   Sesuatu yang menarik perhatian anda apabila sampai di Shimonoseki ini adalah tentang keindahan hiasan dekorasi ikan-ikan buntal ataupun fugu pada sekeliling bandar. Bermula dengan hiasan tong- tong sampah, papan-papan kenyataan, lampu-lampu tanglung di restoran hingglah kepada penutup-penutup jalan, semuanya bermotifkan dengan fugu! Saya juga diberitahu yang hidangan sashimi ikan fugu cukup terkenal disini dan saya tidak sabar untuk menikmatinya. Walaupun menu tersebut agak berisiko tinggi kerana kandungan toksin dalam badan ikan tersebut tetapi alang-alang sudah sampai, lebik baik saya mencuba 


  Cara yang terbaik untuk anda menjelajah Selat Kanmon yang pernah menjadi medan pertempuran Dan-no-ura  pada tahun 1185 antara puak Heike (Taira no Tomomori) dan Genji (Minamoto no Yoshitsune) ialah dengan menaiki bot. Take note yang jadual keluar-masuk bot-bot ini banyak bergantung kepada pasang-surut air lautan. Hmmmmm....Tidak dapat saya bayangkan betapa dahsyatnya peperangan maritim tersebut kerana keadaan lautan di sini cukup bergelora malah saya sendiri hampir mabuk laut kerana bot yang dinaiki saya kerap dipukul ombak!

Ada juga cerita penduduk tempatan yang agak kurang enak untuk didengar.Kata mereka, kononnya roh-roh pahlawan Heike yang terbunuh sewaktu peperangangan Dan-no ura ribuan tahun yang lalu masih menghuni lautan disini dan mereka kerap menjelma dalam bentuk bebola api sewaktu malam pada musim sejuk dan ada juga yang menjelma dalam bentuk ketam (Heikigani). Sama ada cerita tersebut betul atau sengaja direka-reka , apa yang pasti , majoriti pengunjung yang datang ke sini kebanyakkannya sudah terpengaruh dengan cerita tersebut. Terima kasih juga kepada Lafcadio Hearn, pengarang buku Kwaidan: Ghost Stories and Strange Tales of Old Japan kerana berjaya mempengaruhi saya sehingga mengembara jauh sehingga ke sini.


Dengan membayar tiket yang berharga lebih kurang RM30.00, anda boleh menikmati pengalaman menjelajah Selat Kanmon selama 30 minit. Jambatan panjang pada gambar diatas adalah Kanmon Kaikyo ataupun jambatan Kanmon yang boleh dijelajah melalui atas dan juga bawah. Atas atau bawah ? Ya ! Atas dengan berkereta sambil menggunakan jalan raya utama dan bawah bermaksud berbasikal ataupun berjalan kaki merentasi terowong bawah laut !  


Suasana di sini cukup cantik pada hari lewat petang.
Ianya mengingatkan saya kepada Kobe Meriken Park pada waktu malam. 


Selamat datang ke Shimonoseki. 
Hiasan mural ikan buntal juga terdapat pada tembok dinding bawah lautan


Ada ikan buntal yang gemuk bersaiz sederhana..............
 

Ada juga yang gemuk bersaiz raksasa !


 Ada yang kecil dan comel ( Abaikan gambar penulis).


Ada juga yang menjadi hiasan ruang bangunan dan pasar antarabangsa. 


 Dekorasi lampu-lampu tanglung berbentuk ikan buntal juga banyak menghiasi restoran-restoran di sini.
  

 Begitu juga dengan penutup-penutup lubang di jalanan.


  Fugu - satu hidangan yang cukup menyelerakan tetapi ianya harus dihormati
Fugu, puffer fish ataupun ikan buntal ini mengandungi toksin yang cukup berbahaya dan boleh membunuh dalam masa dua jam selepas ianya di makan. Mengikut kajian, purata enam orang mati dalam setahun akibat keracunan ikan ini di Jepun.


Fugu yang di goreng .


Kari kepala ikan fugu ? Bukan.


Sashimi fugu. Sedap !


Saya kurang pasti tentang masakan ini tetapi ianya berintikan fugu.


 Journey to the bottom of the sea bermula disini.
Pintu masuk utama ke terowong bawah laut Selat Kanmon.
 

 Peta persekitaran Selat Kanmon.


 Naomi, Onisan dan Onechan memulakan perjalanan tersebut.


Monumen dua pahlawan hebat di belakang saya ini adalah watak utama di dalam peperangan Dan-no-ura. Seperti juga kisah Archilles yang menentang Hector ataupun David yang menentang Goliath, kisah-kisah mereka berdua ini banyak diabadikan didalam buku-buku kesusasteraan dan juga sejarah.




Bersambung...........................





 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 

All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.