Chubu Sangaku National Park : Tiga Musim Pada Satu Masa Yang Sama.

Keluarga isteri saya selalu bercakap tentang tuah ataupun luck yang dibawa saya setiap kali saya pulang ke Jepun. Kata mereka lagi, setiap kali kami keluar bercuti bersama-sama, banyak benda-benda yang pelik serta menarik akan muncul dihadapan mata kami sekeluarga. Contohnya, lawatan pertama saya ke Gunung Fuji pada tahun 2009. Walaupun laporan cuaca pada hari tersebut mengatakan yang cuaca disekitar Fuji akan berkabus tebal serta tidak sesuai untuk lawatan (selalunya 95% laporan cuaca Jepun adalah tepat!), tetapi Gunung Fuji terbentang luas dihadapan mata sewaktu saya sampai .Namun apa yang peliknya, kabus tersebut hanya kembali semula selepas kami semua turun dari Stesen 5. Mungkin ianya hanyalah satu kebetulan.

Luck saya berterusan sewaktu lawatan saya ke melawat ke Taman Negara Chubu Sangaku tempoh hari Walaupun saya langsung tidak mengharapkan apa-apa, tetapi saya sekeluarga masih berpeluang menyaksikan sendiri tiga musim Jepun pada waktu yang sama !
 Apa tidaknya, ketika saya sampai pada hari tersebut, kawasan pergunungan di situ masih lagi dilitupi salji (walaupun pada awal musim kemarau), beberapa pepohon momiji masih merah membakar serta bunga-bunga sakura (spesis berlainan) masih lagi kembang mekar di kawasan persekitaran ini. Saya tidak pasti sama ada ianya betul-betul luck untuk kami sekeluarga saya ataupun betullah apa yang hebat dibincangkan oleh penduduk dunia sekarang - cuaca dunia sudah berubah !








All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you