Life Begins At 40: Saya harus mencari hidup baru !


Semenjak umur mencecah angka 4 series ni, banyak benda yang berlegar-legar di ruang kepala.Fikir tentang duit, fikir tentang hidup bermasyarakat, fikir tentang masa bersama keluarga, fikir tentang masa depan dan bermacam-macam lagi. Saya akui yang kehidupan saya sebagai salah seorang tourism player yang banyak telibat dalam bidang operasi hotel ini adakalanya cukup stress walaupun gaji yang saya terima agak cukup lumayan. Saya dapat lebih daripada apa yang orang lain berkelulusan tinggi dapat walaupun saya hanyalah belajar setakat SPM.


Mungkin ramai yang mengangap saya cuba memberi alasan. Tapi tidak ramai yang tahu bahawa masa yang saya habiskan di tempat kerja adakalanya cukup melampau memandangkan demand perkerjaan saya yang sedemikian. Dan tiba-tiba saya mula berfikir, betullah apa yang orang tua-tua selalu katakan bahawa duit bukanlah segala-galanya walaupun segala-galanya memerlukan duit! Ye lah, kalau dah berhenti kerja nanti, macam mana nak bayar pinjaman perumahan? Bil-bil lain? Insuran? Itu pun nak kena fikir juga walaupun isteri masih lagi bekerja dan mampu untuk menanggung keluarga untuk sementara.

Sejujurnya, semenjak kebelakangan ini, saya banyak memujuk hati supaya bersabar. 
Ah! mungkin saya patut bersabar dan berkerja selama setahun dua lagi. Bukan senang hendak mencari pekerjaan lain sekarang ini. Tapi naluri saya pula menjerit-jerit supaya saya lupakan saja pekerjaan saya sekarang.Cuba-cubalah belajar keluar dari kepompong kehidupan yang cukup tertekan yang mana selama hampir 20 tahun saya survived ini. Cukup-cukuplah menjadi hamba kerja. Tetapi isunya sekarang, apa pekerjaan lain yang saya boleh lakukan? 


*****


Lewat petang tersebut, saya berjalan keluar menuju ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Punyalah ramai manusia yang keluar masuk ke pulau ini hanya Tuhan saja yang tahu. Saya pasti, dalam satu bulan, ratusan ribu pelancong datang ke sini. Saya juga percaya, angka yang saya sebutkan ini pasti bertambah dikala cuti sekolah menjelma.Tiba-tiba hati saya mula terdetik - alangkah bagusnya sekiranya saya boleh melakukan sesuatu dengan kebanjiran pelancong yang datang melawat? Alangkah bagusnya sekiranya saya mampu mengambil peluang di depan ini dengan mendapatkan RM1.00 dari setiap seorang? Khayalan? Mungkin juga tidak? Maksud saya, saya ingin menjadi sebahagian daipada "penerima" wang yang dibelanjakan oleh pelancong-pelancong ini. Tetapi bagaimana? Berniaga kiosk kecil-kecilan? Membuka gerai makanan? Kereta sewa? Membuka agensi pelancongan?

Sebaiknya, saya tidak harus membuang masa lagi. Saya harus melakukan sesuatu bagi menjamin masa depan sekeluarga.

Ah! Ulat dalam stone pun boleh cari makan!


                                                                               Bersambung...................





All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.