Hari Ribut, Runduklah Padi.

Ketika semua warga dunia mengikuti perkembangan dan bimbang akan ancaman taufan Irene, 2 lagi "Super Typhoon" dijangkakan akan membedal persisiran pantai Jepun dalam minggu ini. Diberitakan salah satu taufan tersebut mempunyai kekuatan angin selaju 123 batu sejam - lebih berbahaya dari taufan Irene!

Hurricane Irene

Walaupun taufan ini tidak membawa kepada bahaya ombak tsunami, ancaman situasi seperti tanah runtuh juga mempunyai risiko buruk dan boleh membawa kepada malapetaka yang lebih besar. 

Dua taufan yang dijangkakan akan membedal persisiran pantai Jepun

Untuk pengetahuan umum, Pulau Langkawi juga teruk dilanda ribut. Sudah lima hari hujan turun tidak berhenti henti dan alhamdulillah, belum ada apa apa kemalangan dan kerosakkan yang dilaporkan. Yang malang hanyalah para petani dipetak sawah kerana di beberapa tempat, banyak padi runduk ditiup angin kencang...


Rakaman dari  jendela rumah saya. Hujan turun mencurah curah. Rahmat bulan Ramadhan.

Dan dalam kekalutan musim hujan ini, teringat pula saya kepada lagu lama warisan melayu yang liriknya berbunyi;

Hari ribut
Runduklah padi
Padi cupak
Dato Temenggung...


 
Duh.....