Sunday 30 March 2014

Preview Musim Bunga Sakura Di Kyoto, Jepun ( 2014 ).

Semenjak 4 hari yang lepas, banyak sudah putik-putik bunga sakura yang mula bercambah keluar menandakan musimnya yang akan muncul tiba. Walaupun hujan turun berselang hari di Kyoto, namun ianya tidak membantutkan proses tersebut kerana suhu sekeliling disini yang sudah agak panas.

Saya pasti seminggu dari sekarang, pekan Kyoto ini akan mula dibanjiri dengan ribuan pelancong-pelancong luar dan tempatan untuk menikmati Pesta Hanami (pesta bunga sakura) 2014. 


Oh ! Tidak sabar saya untuk menantikan detik-detik tersebut !








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Saturday 15 March 2014

Malaysian Airlines, Flight 370 (MH370): Day 8.

Kalau Tun Hussein Onn pernah terlibat didalam urusan menangani kejadian pesawat terhempas, pesawat Malaysian Airlines, Flight 653 (MH653) yang terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977, kali ini anak lelakinya pula terlibat dalam menguruskan perkara yang sama. Walaupun ianya agak ironic, tetapi saya percaya yang kedua-dua mereka ini mempunyai kebolehan tersendiri di dalam menyelesaikan kedua-dua peristiwa tersebut.

Apa-apa pun, saya begitu kagum melihat cara Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein yang begitu cool menjawab segala pertanyaan media tentang misteri kehilangan pesawat MAS, penerbangan MH370 (tukang gossip kata 37 tahun selepas incident 1977). Berdiri dihadapan pentas sambil melayan segala kerenah dan menjawap soalan-soalan dari pihak media bukanlah perkara yang mudah malah semenjak 7 hari yang lepas, saya nampak Panglima ATM sendiri pun hampir-hampir naik angin akibat diasak dengan pelbagai soalan-soalan yang berbaur konspirasi dan tidak masuk akal. 

Moga-moga isu ini dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat. 










All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday 2 March 2014

Kuroda Kanbei ?

Tahun ini, Taiga Drama di saluran NHK memberi tumpuan kepada Kuroda Kanbei (Yoshitaka) iaitu bapa kepada Kuroda Nagamasa dan pakar strategi perang yang cukup hebat di bawah Toyotomi Hideyoshi.Dari pemerhatian saya semenjak episod pertama, drama ini kelihatan cukup hebat malah jauh lebih baik daripada lain-lain drama NHK  terdahulu. 

Kalau berpeluang, saya ingin melawat sendiri ke Hyogo prefecture untuk mencari cerita-cerita hebat Kanbei ini untuk dimuatkan pada blog saya.

Insya Allah !







Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.